“Mangkuk betul, gigih lah aku tengok sampai habis”- Netizen

Pasaangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sentiasa menghiburkan netizen dengan gelagat-gelagat lucu mereka. Tak kering gusi dibuatnya bila tengok video mereka yang sentiasa dikongsi di Instagram. Bukan Syatilla dan Shaheizy Sam saja, anak-anak mereka pun sama melucukan seperti ibu ayah mereka. Maka tidak hairanlah jika mereka mempunyai pengikut yang ramai di Instagram.

Ramai pengikut Syatilla dan Sam sering mengikuti perkembangan pelakon kesayangan mereka ini menerusi laman Instagram. Memandangkan Syatilla dan Sam juga merupakan usahawan, banyak pengikut mereka juga turut menjadi pelanggan tetap bagi produk milik pasangan romantik ini.

Syatilla dan Sam bukan setakat menjual produk sahaja, mereka juga sentiasa membuat review atau video iklan untuk sesebuah produk.

Baru-baru ini, video iklan mereka mencuri tumpuan ramai. Memang kreatif video iklan yang dikongsi Syatilla menerusi Instagramnya.

Video tersebut bertujuan mengiklankan produk kambing perap berjenama tempatan. Namun dengan cara yang kreatif, Syatilla dan Sam menghasilkan iklan yang cukup mendebarkan apabila mereka meniiru gaya sama seperti isu viral seorang dktor bernama Han4fi yang berkelakuan cur4ng baru-baru ini.

Memang kelakar habis bila tengok gelagat suami isteri ini membuat video iklan, ada saja yang membuatkan netizen terhibur dengan mereka.

Video mereka yang dimuatnaik Syatilla telah menerima 115,000 tontonan dan hampir 300 komen.

Rata-rata reaksi netizen terhibur dengan video tersebut dan hampir percaya dengan gimik yang dilakukan Syatilla sendiri.

“Iklan yang penuh debaran, sam tilla tak pernah mengecewakan, aku hampir percaya video nih”- Netizen

Sumber: Instagram samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!