” Mama tolong, mana abah “- Ammar

Datin Shahida ketika ini sedang berada di Madinah selepas selesai menunaikan haji. Walaubagaimana pun Datin meluahkan perasaan rindunya kepada keluarganya di malaysia, tetapi dia juga sayang ingin tinggalkan madinah. Datin juga meluahkan perasaan rindunya kepada anak anaknya kerana di sebabkan waktu yang berbeza dengan malaysia, dia tidak dapat live call dan whatsapp bersama anak anak.

Bila tgh sembang whatsapp dgn anak2……waktu selalu x kena…time kat malaysia tidur time tu la saya nak call n whtasapp…saya msj esok pagi nya baru balas…sama juga kalau time saya tidur di sini time tu mereka call dan whatsapp…mmg selalu x berjawab….waktu sini dan malaysia berbeza di mekah dan madinah lewat 5 jam.

Lagi beberapa hari nak balik dah…rindu keluarga saya!! tapi syg juga nak tinggalkan madinah

maaf acheykintangkintung ni bukan lawan abg.. korang rasa abang akan menang atau kalah dalam perlumbaan kali ini.. apa hadiah ye ekkk?? kita tengok siapa yang menang.. motor abg rm100k ni abg buat kat ggrmachine memang abg puas hati..

Dato Aliff, memuat naik gambar bersama Achey di dalam sebuah pertandingan perlumbaan motor. Aktivitinya ini di tegur isterinya Datin Shahida di ruangan instagram milik Datin

nak tanya lah aliffsyukriterlajaklaris anak kat rumah sapa jaga?? dia boleh pergi naik motor pula.

Status ini di komen Bondarozita, yang turut setuju dengan teguran menantunya itu, dan tidak suka anaknya Dato Aliff aktif dengan hobi motornya. Anak Dato Aliff dan Datin Shahida juga turut komen dengan menanyakan di mana abahnya

Beberapa jam, Ammar memuat naik video berserta status

“Bestnye hari ni..abah bg kita peluang nak beli apa shj yg kita nak beli… tq abah..” – Ammar

“akhir abah dah balik rempit rempit 😂” – Ammar.

i miss u syg shahidadherbs Abang tak tahu kenapa hidup abang macam tak aman.. hidup abang rasa macam tak betul abg bosan lah apa ptut abg buat???. betul kata pepaatah walau banyak duit macam mana hidup takkan bahagia tanpa orang yang tersayang..

Semoga di permudahkan urusan Datin Shahida di Madinah, sungguh bertuah Datin dapat menunaikan umrah tiap tiap tahun dan tahun ini sekali dapat menunaikan haji bersama bondarozita.

Sebelum itu, Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah Haji meskipun sedang hamil anak kelima.

Jelas Shahida, ini kali kedua dia berpeluang melakukan ibadah Haji selepas kali terakhir pada tahun 2016.

Shahida turut memohon agar semua mendoakan kesihatannya serta bayi dalam kandungan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Alhamdulillah…. Tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di bumi Makkah… Tidak keseorangan bersama anak saya yang masih di dalam rahim yang temankan saya sepanjang berada di sana.

“Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yang saya dapat hingga membuatkan saya berkobar-kobar tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji.

“Alhamdulillah, tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni…. Doakan saya dan bayi dalam kandungan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur,” tulisnya.

Shahida yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik foto bersama anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.

Menurutnya lagi, dia amat berterima kasih kepada suaminya yang memberi restu kepadanya untuk menunaikan ibadah tersebut.

Tambah Shahida, perkara yang paling berat adalah untuk mngalkan anak-anak, terutamanya Yusoff yang baru berusia setahun.

”Terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tengah hamil…. Terima kasih sudi bagi peluang pada saya dan jagakan anak-anak.

“Jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak-anak terutama Yusoff yang masih kecil…. Tapi saya yakin Insya-Allah anak-anak saya dalam perlindungan Yang Maha Esa…

“Kepada semua sahabat sama ada yang mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yang membuatkan anda tersinggung,” katanya lagi.

Rata-rata pengikutnya turut mendoakan urusan Shahida dipermudahkan dan selamat.

Sumber : Ig aliffsyukriterlajaklaris/shahidadherbs

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*