“Maknya masa mengandung dok pkai contact lens grey, tu lekat kat anak”- Netizen

Tidak dapat dinafikan, kecantikan seseorang anak itu adalah kerana mewarisi genetic ibu bapa nya. Biasanya, anak-anak ini, mukanya persis ibu bapa nya juga, tidak lah serratus perastu sama, Cuma adalah vibes yang menampakkan iainya hampir sama. Contohnya, bentuk rupa wajah, hidung, mata dan sebagainya. Betul tak ?

Tapi, konon nya ada juga yang mengatakan bahawa jika mahu anak-anak mukanya persis pelakon Hindustan, sewaktu mengandung harus menatap gambar pelakon tersebut selalu. Hasilnya, anak akan kelihatan iras-iras seperti mereka.

Tapi, biasanya anak-anak cantik kerana ibu bapa nya yang sama cantik sama padan. Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua. Itu semua adalah anugerah dari Yang Maha Pencipta, semua dilahirkan cantik-cantik belaka.

Ada dimuat naik video anak kepada jurusolek terkenal, iaitu Mua Bellaz, yang bernama Nur Aisywara Nealofa. Haa, dengar nama pun dah tahu si bayi kecil ni sudah pasti sangat cantik dan comel orang nya. Tak beralih mata ni duk pandang si dia saja.

Video yang menunjukkan Nealofa yang sedang berbaring dan kenyit-kenyit matanya. Apa yang sangat menarik perhatian netizen adalah kerana terpuk4au melihat betapa cantiknya mata si kecil itu. Sangat cantik.

Mana taknya, mata berwarna grey tau. Bak kata netizen, ni mesti dek kerana ibunya selalu memakai lens berwarna grey sewaktu mengandungkan di comel itu. Kita yang tengok ni pun, tak berkelip-kelip mata tengok si dia.

Tapi, biasanya iainya akan bertukar juga warna nya kelak sewaktu sudah meningkat dewasa. Tapi, memang tak dapat dinafikan, Nealofa ni sangat comel, dahla putih gebu. Orangnya seindah namanya juga.Cantik macam ibu dan ayah nya.

Rata-rata netizen sangat terpengun dengan si bayi itu. Biarpun umur nya tak cecah setahun, tapi sudah boleh nampaknya ya betapa cantik nya ketika akan meningkat usianya kelak. Rezeki Tuhan belaka, syukur dengan segala pemberian-Nya.

Pun begitu,sebenarnya semua insan diciptakan indah-indah belaka. Jadi, tidak perlulah mempertikaikan mengapa orang itu sebegitu rupa, orang ini sebegini rupa. Bersyukur sentiasa dengan apa yang kita ada. Betul tak ?

Sumber : Ig Muabellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!