“Makin nyakitkan hati tengok cerita ni”- Netizen

Drama bersiri ‘Kau yang Pertama’ yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Tasha Shila,Marissa Yasmin, Elly Mazlein dan ramai lagi telah mendapat perhatian para netizen baru-baru ini. Drama bergenrekan konflik, cinta dan keluarga itu ditayangkan sejak 12 Ogos 2019 lalu telah disiarkan di slot Akasia tv3. Kelihatan di bahagian komen di dalam laman instagram Farah Nabilah Official, para netizen nampaknya begitu beremosi sekali menonton drama pkul 7 malam tersebut.

Pada episod yang terbaru, Irfan danĀ  Farhan telah berbaik dan Irfan diajak kembali bekerja di syarikat Farhan. Sementara itu, ibu mertua Rose, Sally yang dilakonkan Marissa Yasmin, mengajak Rose untuk bertemu di cafe atas tujuan tertentu. Rupa-rupanya Sally mendesak Rose untuk membenarkan Farhan untuk berkahwin dengan Ameera dimana watak tersebut dilakonkan Tasha Shilla.

Apa lagi, terkejut Rose dengan permintaan ibu mertuanya dan menyoal kenapa dia mahukan perkara itu dan Sally membalas dengan nada suara marah kerana dia hendak Ameera menjadi menantu dia.

Wah! Terasa ketegangan emosi disitu kan? Apa respon Rose setelah ibu mertuanya mendesak permintaan itu? Adakah Rose akan memujuk Farhan untuk berkahwin sekali lagi demi menggembirakan ibu mertuanya, Sally? Saksikan episod seterusnya di slot Akasia di tv3 esok!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*