“Makan pun cantik”- Aeril Zafrel

Kebahagiaan rumahtangga adalah sesuatu yang diimpikan oleh semua manusia. Terutama sekali wanita yang sangat menginginkan lelaki yang bukan sahaja tahu tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, tetapi juga menginginkan seorang suami yang punyai sifat romantik dan penyayang. Sifat ini dapat dilihat pada artis kesayangan semua iaitu Aeril Zafrel terhadap isterinya Wawa Zainal.

Baru-baru ini, Aeril telah berkongsi momen beliau menikmati makan tengahari bersama isterinya. Apa yang menarik perhatian semua adalah beliau memuji isterinya itu dengan mengatakan “Makan pun cantik”.

Daripada ayat Aeril buat isterinya itu telah terlihat bahawa tidak sukar untuk seseorang suami itu memuji isterinya dan boleh dibuat dimana-mana. Sifat yang ditonjolkan oleh Aeril ini menunjukkan bahawa Aeril bukan sahaja bapa yang penyayang, tetapi beliau juga seorang yang sangat romantik terhadap isteri tercinta.

Rata-rata netizen sangat memuji kecantikan Wawa Zainal dan bersetuju akan kenyataan Aeril tentang isterinya yang cantik.

Apa salahnya kan untuk memuji orang tersayang. Dengan tidak perlu menggunakan modal, memberi pujian tu sahaja sudah boleh membuat orang tersayang kita tersenyum dan terasa dihargai.

Sumber : Ig Aeril Zafrel

Artikel ini disediakan oleh Cite Ohsem . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*