“Mak hang memang kreatif Wara, untung jd anak Mua Bella” – Netizen

Kalau melihat perkongsian Mua Bella, mengenai anak kecilnya Aiswara Nealofa atau panggilan manjanya Wara dan Lofa, pasti ramailah yang akan menyukai perkongsian tersebut apatah lagi setiap perkongsian yang Bella kongsikan memang pelbagai idea yang tersemat dan bijak beliau membuatkan anaknya sebagai bahan tarikkan dan ramai menyukainya. Sudahlah memang cantik dan comel anaknya.

Wara memang suka senyum dan sedikit demi sedikit perkembangannya sama seperti anak yang normal, yang bijak pandai dan semakin hari mengikut perkembangan semasa kanak-kanak.

Pelbagai gaya dan fesyen yang Bella sentiasa pakaikan kepada anak kecilnya itu. Malah semuanya memang cantik belaka dan anaknya pula memberikan kerjasama yang sangat baik dan sukar menaangis meskipun tampak seperti tidak selesa pada sesetengah baju yang dipakainya.

Bella juga mempunyai anak yang lain dan memang beliau akan memastikan semuanya sama sedondon dan cantik bergaya malah setiap pakaian untuk majlis pasti akan sama-sama.

Bella bukan sahaja pandai menyolek malah beliau adalah tenaga pengajar dalam bidang solekan, namun beliau juga berbakat dalam hasil kreativiti memperagakan anak perempuannya itu. Ramai menyatakan bahawa beruntunglah anak-anak beliau.

Wara memang manja dan senang diatur malah setiap perkongsian gambar dan video yang ditunjukkan memang beliau sentiasa tersenyum. Sekarang dia dah pandai gengam buka tangannya. Semakin membesar dengan perkembangan yang sihat.

Walaupun berulang kali dan setiap hari atau berselang jam Bella memuatnaik gambar dan video berbeza mengenai Wara pasti ramai masih menyukai perkongsian. Malah bukan sahaja menyukai tapi setia memberikan komen-koemn kepada pengikutnya.

Pelbagai komen yang diberikan. Malah, sehingga 500 jumlah komen diberikan walaupun baru sahaja sebentar Bella memuat naik. Lihat lah apa diorang berjumpa, berikan komen kepada perkongsian itu.

Dah memang jurusolek akal mereka berbeza dan sedikit kreatif malah lebih berbakat dalam dunia fesyen dan bakat yang membuatkan anak-anak beruntung dek kerana tidak perlu memikirkan tentang fesyen lagi.

Sumber: ig muabellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!