“Mak dia dah babaaii ahahaha” – Nad Zainal

Buat para ibu di luar sana yang sudah mempunyai cahaya mata, pasti anda sudah ‘masak’ dengan perangai manja mereka ini. Ada sahaja benda yang menjadi isu si kecil ini. Makin-makin lagi bagi para ibu yang mempunyai ramai anak, pasti si ibu berasa pening apabila mereka bergadoh. Kadang-kadang remeh temeh je benda yang menjadi penyebab mereka bergduh ni, cuma sekecil kuman je. Tapi pergduhan tu alahai…kalau tidak dileraikan boleh berlanjutan sampai keesokkan harinya.

Seperti yang berlaku kepada aktress terkenal Hanis Zalikha, comel je video yang dikongsikan beliau mengenai ‘pergaaaduhan’ anak-anaknya.

Beliau yang sudah mempunyai dua orang cahaya mata ini sering memuatnaik telatah manja beserta nakal kedua-dua putera dan puteri ciliknya. Seperti kebiasaan para ibu, ‘maasalah’ yang dilanda oleh Hanis ini merupakan asam garam kehidupan bagi ibu bapa.

Menerusi video pendek perkongsian Hanis yang dimuatnaik pada 23 jam yang lalu, para followers Hanis dapat melihat ‘pergdohan sengit’ antara kedua-dua anak Hanis ini yang bersaing untuk duduk dipangkuan Hanis. Sambil terlolong-lolong menjerit puteri kecil Hanis kerana disakat dek abangnya.

“Ni baru dua orang tau. Baru dua orang, No sh0uting, no k1cking”. “Okay, on the bed. I’m gonna be on the bed,” ujar Hanis seraya kepeningan dengan aksi ‘pergduhan’ anak-anaknya.

Video pendek berdurasi kurang daripada 30 saat ini telah meraih sebanyak 792,655 tontonan dan 576 komen yang mana rata-rata netizen terhibur dengan gelagat memeningkan dua beradik tersebut.

Rakan artis Hanis, Nad Zainal turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi ruangan komen posting Hanis ini walaupun hakikatnya Nad hanya mampu untuk ketawa.

Ganas rupanya anak kedua Hanis ini. Kecil-kecil dah garang, apatah lagi jikalau sudah menginjak ke alam remaja. Abangnya pula hanya bercakap perlahan sahaja.

Nampak gayanya, berbakat besar puteri cilik Hanis ini dalam bidang lakonan. Masih kecil lagi sudah dapat menunjukkan emosi dengan lantang. Hehehe.

Hanis pula sangat sabar melayan kerenah anak-anaknya walaupun kadangkala berlaku pergduhan yang membingitkan telinga.

“Betul la orang cakap anak nombor 2 ni lagi garang yeee,  Garang nyer Alisa. Yusuf lembut jer. Hehehehe”. “Yusuf abang yang baik, cepat matang. Alisa kuat cemburu” ujar warganet dalam ruangan komen posting Hanis ini.

Tidak kira anak pertama atau kedua, garang atau lembut, namun tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua cahaya mata milik Hanis ini mempunyai rupa paras yang comel.

Bila dah besar, jaga adik Alisa dengan baik ye Yusuf. Alisa pula janganlah asyik berteriak, kesian dekat gegendang telinga ibu dan Yusuf. Hehehehe..

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!