Mahkamah putuskan talak PU Abu Sufyan tidak sah. Ini Kata2 Hakim Terhadap Pu Abu

KLANG – Kemelut rumahtangga pendakwah muda program realiti Pencetus Ummah, PU Abu Sufyan dan isterinya Ain ‘Afini Latif menemui jalan nokhtah apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan laafaz talak yang dibuat oleh lelaki itu menerusi aplikasi WhatsApp pada 13 Mac lalu adalah tidak sah. Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mohd Nuruazhar Tohar sebentar tadi selepas menerima sumpah yang dibuat Abu Sufyan atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi pada sebuutan k3s hari ini.

Abu Sufyan, 23, dalam sumpahnya mengaku tidak berniat untuk mencerraikan Ain ‘Afini pada ketika itu yang tertulis di dalam aplikasi itu sebagai: Ain ‘Afini saya cerrai awak.

Terdahulu, Abu Sufyan selaku defendan mengakui menghantar mesej tersebut kepada isterinya pada tarikh berkenaan.

Hakim: Kamu ada taip WhatsApp tersebut?

Abu Sufyan: Iya

Hakim: Kamu ada taip mesej dan baca dalam hati?

Abu Sufyan: Iya

Hakim: Kamu sedar pada masa itu?

Abu Sufyan: Sedar

Hakim: Adakah kamu dipaksa?

Abu Sufyan: Keadaan yang memaksa

Hakim: Tetapi kamu tidak dipaksa?

Abu Sufyan: Tiada

Hakim: Kamu ada niat untuk mencerraikan isteri sewaktu menghantar mesej tersebut?

Abu Sufyan: Tidak. Saya tidak berniat untuk mencerraikannya

Hakim: Ada kamu lafaaz yang lain?

Abu Sufyan: Tidak ada

Hakim: Kami sanggup bersumpah?

Abu Sufyan: Iya.

Pada prosiding itu, Ain ‘Afni yang menyambut ulangtahun kelahirannya hari ini maklumkan kepada mahkamah bahawa Abu Sufyan menerusi WhatsApp memintanya menyelesaikan borang pencerraian.

“Selepas dia laffaz, dia ada WhatsApp sila selesaikan borang pencerraian,” katanya.

Sementara itu Abu Sufyan mengakui lafaaz menerusi WhatsApp itu daripadanya rentetan daripada kronologi yang panjang.

“Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri.

“Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri.

“Saya mengakui ksilapan kerana mnggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat,” katanya.

Sementara itu, Ain ‘Afni yang dijangka melahirnya bayinya pada 10 Julai depan menangis teresak- esak sejurus mahkamah membuat keputusan tersebut.

Tangisan hibanya tidak mampu dibendung sebaik sahaja melangkah keluar dari mahkamah sehingga terpaksa ditenangkan oleh kedua- ibu bapa serta keluarganya.

Abu Sufyan mnggalkan mahkamah secara berasingan manakala isterinya menaiki kenderaan yang dipandu oleh bapanya.

Sebelum ini, Ain ‘Afini menerusi laman sosialnya mendedahkan dia telah dicerraikan Abu Sufyan selepas lelaki itu memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Hana Azraa.

Pada 22 April lalu, Abu Sufyan menerusi ruangan komen akaun instagramnya mengakui kesilapannya mencerraikan isteri yang sedang hamil.

Sebelum ini dilaporkan, PENCETUS Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau lebih dikenali dengan nama PU Abu tidak menafikan luahan bekas isterinya, Ain Afini di media sosial seperti yang tersebar kini.

Namun, PU Abu yang menjadi peserta program Pencetus Ummah (PU) musim ketiga pada 2015 berkata, dia mempunyai ceritanya sendiri.

“Kenyataan Ain sudah menjawab. Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita saya sendiri,” ujarnya ringkas seperti dipetik dari Mstar Online.

PU Abu ketika itu berada di Madinah.

Terdahulu, bekas isteri PU Abu, Ain Afini telah membuat pendedahan pada Jumaat lalu bahawa dia telah sah dicerraikan ketika sarat mengandung.

“Pada 13.3.2019 saya telah dilepaskan dan ditinggalkan oleh bekas suami saya Pencetus Ummah Abu Sufyan kerana beliau memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.

“PU Abu meminta saya bersetuju untuk berpoligami selepas dua bulan bernikah tetapi saya menolak kerana perkahwinan kami masih terlalu awal.

“Saya meminta dia memilih sama isteri dan anak atau wanita tersebut. Jadi dia memilih untuk mnggalkan saya dan anak yang dikandung ini,” katanya menerusi status dimuat naik di Instagram.

Tambah Ain, dia cuba untuk tidak menghebahkan kepada orang lain, namun ramai yang telah menghidu perkara ini.

Ain juga berharap, agar tiada pihak bertanya kepadanya kerana dia sedang hamil tujuh bulan dan memerluukan waktu bertenang untuk bersalin dan berpantang nanti.

Dia juga tidak memperbesarkan isu itu kerana membabitkan maruah keluarga, namun akan membawa k3s itu ke mahkamah sebaik habis berpantang kelak.

Sumber: sinarharian via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*