“Macammana ye nak jadi bibik datin? nak intrview dimana ye?” – Netizen

Isteri Dato Aliff Syukri Terlajak Laris, Datin Shahida telah dikenali oleh netizen beliau adalah seorang yang rendah diri dan baik hati. Beliau yang selalu dilihat walaupun tegas, tetapi ada sabarnya dalam melayan kerenah suaminya yang kecoh di laman instagram milik suaminya. Datin Shahida juga dilihat seorang yang sangat berjimat-cermat dan tidak menunjuk-nunjuk akan apa yang beliau ada.

Baru-baru ini beliau telah berkongsi baju dan barangan beliau. Beliau berkata beliau berbuat demikian kerana ramai peminatnya telah memohon Datin Shahida untuk berkongsi koleksi baju, kasut dan beg beliau di rumah agamnya.

Dilihat dari video tersebut, Datin Shahida berkata bilik bajunya berada di bahagian bawah rumahnya kerana di atas sudah tiada ruang. Sesampai sahaja disana, beliau kenalkan almari bajunya yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu baju untuk menunaikan haji dan umrah, baju untuk majlis dan baju untuk dipakai harian. Dilihat juga beliau memberikan baju kepunyaan beliau kepada orang gaji beliau dan berterima kasih kepada mereka kerana  tolong menjaga anak-anaknya.

Menurut beliau lagi, beg beg berjenama kepunyaan beliau bukan dibeli sendiri oleh beliau tetapi suaminya yang belikan. Setelah itu, beliau ke bilik koleksi kasut beliau dan menunjukkan bahawa kasut-kasut beliau tidak berjenama. Beliau berkata bahawa beliau akan beli kasut itu berdasarkan keselesaan dan bukan pada jenama.

Rata-rata netizen cukup memuji sikap Datin Shahida yang rendah diri kerana berterima kasih kepada orang gajinya dan bertanya bagaimana cara untuk memohon pekerjaan menjadi pembantu Datin.

Dilihat juga netizen yang melihat Datin mempunya aura yang sangat rendah diri dan tidak nampak beliau seorang yang menunjuk-nunjuk.

Sikap Datin Shahida sememangnya harus kita ikuti dimana beliau seorang yang berjimat cermat apabila membeli sesuatu benda dan jika kita telah berjaya meraih sesuatu yang mahal, kita tidak perlu menunjuk kepada orang sekeliling dalam niat untuk berbangga-bangga.

Sumber : Ig shahidadherbs

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*