“Macam umur 25 tahun Dato” – Netizen

Pasti para pembaca sekalian mengenali siapakah gerangan Datuk Seri Hasmiza binti Othman atau nama popular beliau, DSV, bukan? Beliau yang merupakan pengasas produk kecantikan Qu Puteh ini saban hari semakin viral di media sosial. Bukan sahaja bekerjaya sebagai ahli perniagaan yang berjaya, wanita hebat ini turut bergiat aktif dalam bidang nyanyian yang mana pada tahun 2016, DSV berjaya melancarkan album sulungnya “I Am Me” atas tunjuk ajar Edry daripada KRU.

Video muzik yang tular di internet dengan tontonan berpuluh  ribu ini membuatkan nama DSV semakin menjulang naik di mata netizen. Setiap hari, ada sahaja kisah viral DSV yang akan dikongsikan di media sosial. Kisah viral DSV mengenai percintaan beliau bersama dengan Pembantu Peribadinya, Iqbal menjadi perbualan hangat warga netizen sejak kebelakangan ini.

Walaupun terlalu besar perbezaan umur mereka, namun itu tidak menjadi halangan bagi kedua-dua mereka dalam meneruskan perhubungan mereka ini.

Kisah cinta mereka ini menimbulkan bermacam-macam gosip dan komen dari para followers DSV. Ada yang mendoakan kebahagiaan DSV dan pilihan pasangan dan tidak kurang juga, ada yang memberi kata-kata tohmahan dan ejekan buat kedua-dua mereka.

Beberapa jam yang lalu, DSV telah memuat naik gambar beliau di dalam akaun Instagramnya yang mana ketiga-tiga gambar yang diposting oleh wanita hebat ini telah meraih sebanyak 23,770 likes dan 594 komen.

DSV yang tampaknya muda serta kurrus ini kelihatan begitu manis sekali dengan tudung berwarna pink dan pakaian bercorak elegant yang menjadi pilihan beliau.

Dengan gayanya seperti ala-ala model dan senyuman yang menawan, siapa sangka DSV yang dilahirkan pada 24 Oktober 1971 ini sudah berumur 50 tahun?

Postingan DSV ini walaubagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi daripada para warganet. Ada komen yang positif dan ada juga komen negatif daripada diterima.

Kebanyakan para followers DSV memuji penampilannya yang kelihatan kur0s berbanding sebelum ini serta kecantikan DSV dalam gambar tersebut. Malahan, ada yang mengatakan bahawa DSV kelihatan seperti 25 tahun dalam gambar yang dikongsikan beliau ini.

Terdapat juga segelintir pihak yang mengecam gambar DSV ini dengan memberikan komen-komen yang kurang enak didengari.

Sebelumnya, DSV sudah melalui dua fasa perkahwinan tetapi malangnya, nasib tidak menyebelahi perkahwinannya. Namun, itu tidak menghalang DSV untuk terus berusaha mengejar kebahagiaannya dalam alam percintaan dan perkahwinan.

DSV dan Iqbal sudah membuat keputusan untuk berkahwin  pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Disember 2021.

Semoga DSV dan pasangan Iqbal berbahagia hingga ke jinjing pelaminan. Kami tidak sabar untuk melihat perkembangan bagi kedua-dua bakal mempelai ini.

Sumber: Instagram DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!