“Macam pakai Face Apps, Caya la Bella” – Netizen

Ibarat kembar seiras. Begitulah lukisan wajah mirip yang di lukis #muabellaz dan dimuatnaik di laman instagram milik beliau sendiri yang meminta netizen memberi pendapat tentang lukisan muka yang dilukis mirip wajah artis luar negara. Kepakaran beliau membuatkan netizen suka dengan kepakaran beliau menconteng mukanya sendiri walaupun katanya “makeup bodo-bodo”. Sekali pandang dah macam gaya FaceApps pun ada jugak.

Mua Bellaz, atau nama sebenar Nur Nabila Zulyadaini mula menjadi tular di laman-laman media sosial sehingga namanya sering menjadi tumpuan sebab rajin berinteraksi melakukan sesi tutorial solekan. Ia bukan sahaja soal teknik, tetapi kebolehan beliau sebagai jurusolek yang memiliki deria yang tajam dalam setiap sentuhannya.

Cara Mua Bellaz merias sudah cukup membuatkan ramai terpesona yang suka berkongsi tips solekan kepada warganet malah seorang yang sentiasa mesra dengan pengikutnya di Instagram. Lihat sahaja foto-foto berikut ini.



Tatarias Bella membuktikan seni baginya adalah suatu perjalanan hidup, yang membawakan keindahan. Seni itu menceriakan hidup, suatu kepuasan, suatu kebahagiaan. Nama Bellaz semakin terkenal kerana sering berkongsi ilmu dengan membuat rakaman video tutorial solekan secara langsung kepada pengikutnya.

Netizen memberi komen suka dengan teknik lukisan muka beliau malah menjadikannya sebagai ikon inspirasi mereka untuk menjejaki langkah seperti Bellaz juga. Malah namanya semakin menjadi sebuutan apabila pernah menawarkan khidmat solekan secara percuma kepada bakal pengantin di Kedah.

Bellaz sehingga kini mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram.

Sumber : IG MuaBellaz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*