“Macam Mira yg over, reaksi laki dia terkejut giler” – Netizen

Kisah cinta Mira Filzah dan Wan Emir begitu tular setelah beliau mengakhiri zaman bujang dengan lelaki pilihan hati sekitar bulan September yang lalu. Tidak kurang ramai juga yang kecewa dan paatah hati apabila gadis pujaan ramai ini telah bernikah. Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini telah selamat diijab Kabul dengan anak kepada ahli parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Tan Sri Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar.

Sikap Emir yang tidak berputus asa juga membuatkan Mira terpikat dengan keperibadian lelaki itu. Meskipun langkah pertama beliau untuk mendekati Mira di media sosial tidak mendapat respon namun Emir bijak mencari peluang dengan mendekati ibu Mira.

Kata pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini, beliau akan meneruskan kerjaya lakonan beliau seperti biasa setelah berkahwin.

Berlakon dalam drama terbaru terbitan Astro iaitu The Maid yang mengisahkan seorang lelaki yang bernama Mr Jay yang dilakonkan oleh Norman Hakim mempunyai empat orang isteri dan Mira melakonkan watak sebagai Elisa iaitu isteri ke empat kepada Mr Jay yang sangat manja dengan suaminya.

Beberapa pelakon lain yang turut terlibat dalam drama tersebut ialah Eina Azman, Sherry Al-Hadad dan Eizatty Abdullah.

Jika sebelum ini Mira tidak begitu terbuka untuk berkongsi hubungan peribadi beliau bersama para peminat, kini setelah beliau berkahwin Mira kerap berkongsi aktiviti beliau bersama suami kesayangan melalui saluran youtube mereka berdua iaitu EmirAmirah.

Masih lagi dalam fasa bulan madu, Mira dan Emir aktif di media sosial. Saluran youtube EmirAmirah yang baru-baru ini telah di anugerahi Silver Play Button oleh pihak Youtube kerana mempunyai subscriber dan jumlah tontonan yang tinggi.

Nampak semakin meriah kehidupan Mira setelah berkahwin kerana membuat pelbagai aktiviti bersama suami dan dijadikan sebagai konten yang beliau muatnaik di youtube. Peminat Mira juga gembira dengan fasa baru yang dilalui oleh pelakon Sweet Dream ini.

Menerusi video terkini yang beliau muatnaik di saluran youtube, Mira berkongsi aktiviti membuat Carrot Cake dengan suaminya.

Setelah selesai membakar kek dan sesi merasa kek hasil tangan mereka berdua, Mira dilihat memegang erat tangan suaminya.

Gaya manja dan nada suara percakapan Mira mengusik suaminya juga menarik perhatian para netizen. Mira kemudiannya tanpa segan silu melagakan pipinya kepada suami. Bagaimanapun wajah terkejut suaminya dengan tindakan Mira mencuri tumpuan warga maya.

Menjengah keruangan komen, para peminat memuji sikap Mira yang sangat manja dengan suami dan tidak kurang juga yang mengimpikan mempunyai hubungan yang bahagia seperti yang dilalui oleh Mira sekarang.

Walaubagaimanapun beberapa orang netizen turut menegur Mira apabila melihat wajah Emir yang terkejut dan sedikit berubah dengan tindakan Mira semasa melagakan pipinya. Netizen merasakan tindakan Mira agak berlebihan. Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan netizen.

Sebagai pasngan suami isteri tidak salah untuk melayani suami dengan manja. Walaubagaimanapun kurang manis sekiranya dipertontonkan secara berlebihan di khalayak umum. Anggaplah komen-komen netizen ini supaya Mira boleh perbaiki diri pada masa akn datang.

Sumber: Instagram lunagroup.penang

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*