“Macam goku super saiya pun ada”- Netizen

Selamat tinggal 2021, selamat datang 2022. Hairul, selepas berjumpa T1ger Shroff di London, Hairul memuat naik satu video yang menarik perhatian peminat. Peminat dan pengikut memberi reaksi komen positif di ruangan komen tersebut. 62 ribu sukaan diterima dan lebih 300 komen, hanya dengan kapsyen ‘terima kasih 2021’ . Banyak kenangan yang akan ditinggalkan.

Suami kepada Hanis Zulaikha ini kelihatan kembali tegap lebih-lebih lagi baru sahaja balik dari drama aksi di London. Beliau memberi nasihat didalam gym, dan memberi nasihat untuk menaikkan otot ditangan yang ingin nampak sado. Tidak mengambil angkat berat yang terlalu berat, hanya 5kg setiap belah angkat berat, dumbell.

Bapa kepada sepasang anak ini juga berkongsi video berdurasi kurang 2 minit ini untuk tujuan berkongsi cara membina badan. Oleh kerana, ramai bertanya tentangnya. Jadi, ini lah jawapan kepada semua soalan para peminat dan pengikut.

Adakah Paskal 2 akan diterbitkan? Itu persoalan yang paling banyak ditanya. Namun, tiada jawapan tidak atau ya dari Hairul sendiri. Atau mungkinkah akan ditayangkan drama Hairul sebagai watak utama? Itu juga belum diketahui.

Hairul dan Hanis popular selepas Hairul melamar Hanis secara langsung di Gegar Vaganza. Sehingga sekarang kenangan itu masih tercatat di memori para peminat, alhamdulilah mereka telah dikurniakan dua cahaya mata yang comel dan bijak pandai.

Hairul masih giat aktif berlakon manakala Hanis Zulaikha pula sudah tidak berlakon. Lebih fokus kepada dua orang anak mereka, Hanis kini bergiat didalam bidang perniagaan.

Hairul juga merupakan seorang model lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelagak ng3ri sebelum bergiat aktif sebagai pelakon, beliau juga pernah menjadi Juara Fear Factor Malaysia.

Semoga terus berjaya disamping anak isteri yang cantik, comel, dan bijak pandai. Jaga diri jangan sampai s3ksa badan pula bang oi, akibat nak otot yang sado. Ada juga yang memberi komen Hairul macam kartun, hehe..

Alhamdulilah mereka bahagia hingga akhirnya, dan berjaya selalu. Semoga perniagaan juga terus berkembang. Amin.

Sumber: IG hairulazreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!