“Macam budak sekolah menengah Lofa, comel sangat”- Netizen

Kehidupan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Jika dahulu, Neelofa sering menerima perhatian ramai kerana fesyen- fesyen yang digayakan beliau sering di anggap pelik, namun kini setelah berkahwin dan membuat kepuutusan memakai niqab, selebriti berkenaan lebih selesa memilih pakaian yang longgar dan menutup aurat seiring dengan penampilan terkini beliau.

Namun begitu, Neelofa tidak mengehadkan fesyen untuk di gayakan meskipun berniqab. Ternyata pemakaian niqab tidak menjadi batas buat seorang penggemar fesyen seperti Neelofa untuk terus bergaya.

Baju yang di gayakan oleh beliau di sebuah majlis baru- baru ini juga berjaya menarik perhatian para peminat. Pelbagai pujian yang di berikan oleh para peminat terhadap pakaian Neelofa itu.

Ada yang menyamakan baju berkenaan seperti pakaian bidadari kerana berwarna serba putih. Ada juga yang memuji Neelofa yang pandai mengolah gaya meskipun beliau sudahpun berniqab.

Sebagai tulang belakang suami, seorang isteri perlulah sentiasa menyokong apa jua aktiviti yang di lakukan oleh suami.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram peminat, satu video yang memaparkan Neelofa menemani suaminya PU Riz bermain futsal telah pun di kongsikan.

Kehadiran Neelofa ke gelanggang futsal itu menarik perhatian ramai apabila Neelofa menyarung baju sukan berwarna merah serta memakai seluar sukan berwarna hitam.

Pakaian bersukan yang di pakai oleh Neelofa yang kelihatan serba ringkas itu amat jarang sekali dapat di lihat oleh para peminat beliau.

Kehadiran Neelofa ke sana juga turut di usik oleh rakannya di dalam video berkenaan, namun Neelofa kemudiannya secara bergurau menjawab bahawa beliau ke situ untuk menyokong suami adalah kerana telah ‘di bayar’ oleh suaminya.

Neelofa merupakan model beberapa produk antarabangsa dan jenama besar menyebabkan beliau sentiasa menjaga penampilan beliau di khalayak ramai.

Namun begitu, kali ini amat berbeza apabila Neelofa memilih untuk tampil sederhana seperti orang kebanyakkan untuk menemani suaminya bermain futsal.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen juga berkata Neelofa kelihatan amat berbeza apabila berpakaian sederhana. Malahan para peminat juga memuji beliau yang sangat merendah diri dengan memilih pakaian ringkas demi menemani suami bersukan.

Jarang betul Nampak Neelofa pakai baju tshirt lengan panjang dan seluar sukan macam dalam video tu kan. Patut lah ramai peminat yang cakap Neelofa macam cikgu sekolah yang mengajar Pendidikan Jasmani.

Ada juga yang kata Neelofa macam pelajar sekolah menengah. Awet muda betul Neelofa bila pakai ringkas macam ni.

Sumber: ig lofa.world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!