“Macam ada maksud je tu” – Netizen

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghiburkan hati sendiri. Kadang dengan menyanyi pun boleh melepaskan penat dan menghilangkan stres. Gamaknya itu yang cuba dilakukan oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana ini. Memang nampak melepaskan segalanya yang terbuku dengan cara itu. Sejak kisah peribadinya terutama hal dengan pasangan hidupnya diketahui umum, ramai yang melahirkan simpati serta mendoakan yang baik-baik buat Puteri Sarah agar kemelut melanda rumah tangganya buat masa ini segera usai. Ya… Bukan mudah tatkala berbicara soal hati dan perasan. Pun begitu, Puteri Sarah kelihatan tenang sekali.

Apa tidaknya, baru-baru ini, kisah rumah tangga aktres itu dan suaminya yang juga pengarah terkenal, Sy4msul Yvsof kembali menjadi perhatian apabila dia mendedahkan tentang rumah tangganya diganggu orang ketiga yang dipercayai anak kepada seorang pelakon juga.

Difahamkan sudah lama juga isu itu berlarutan. Jika ditinjau perkongsian Puteri Sarah di media sosial TikToknya baru-baru ini, dia meluahkan rasa kesal kerana tidak meneruskan sahaja laporan polis terhadap wanita tersebut sebelum ini.

Menyifatkan keadaan menjadi semakin keruh, katanya dia dikacau dan teruk dibvli di siber serta tiada siapa nak mempertahankannya. Akhirnya Puteri Sarah membuat keputusan untuk pergi membuat laporan polis.

Terdahulu rupanya kesian punya pasal, dia tidak meneruskan laporan polis itu. Ia disebabkan bapa wanita terbabit meminta maaf bagi pihak anaknya, katanya. Akibatnya, akhirnya, dia kena kacau ‘double triple’ teruk pulak.

Luah Puteri Sarah juga, kemelut melanda tiada penghujungnya hingga menyatakan kekesalan kerana tak teruskan dengan tindakan undang-undang dahulu. Turut memberitahu, sekarang, dua peguam datang kepada wanita itu, dia meminta agar individu tersebut mempersiapkan diri.

Menyanyikan lagu ‘berhantu’ penyanyi, Misha Omar bertajuk Pulangkan dalam hantaran di IG nya, ramai pula mengaitkan ia dengan situasi panas sedang dihadapi Puteri Sarah itu. Sama ada maksudnya agar ‘memulangkan kebahagiaannya’ atau insan dicintainya, hanya dia yang tahu.

“Puteri yg cantik. Moga Allah mudahkan urusan dunia akhirat”, “Bahagia dgn cara sendiri, itu hak awak. Keep strong my dear”, “This is u, jgn sedih2 lagi”, “You deserve to be happy kak Sarah”, “Perjuangkan hak Sarah. caiyox2”. Itu antara komen netizen.

Apa pun, moga dipermudahkan urusan buat Puteri Sarah dan dipulangkan kembali apapun haknya dengan cara elok. Yalah..dah lama dia bersabar kan.. Lazimnya orang yang sabar dan tenang akan sentiasa menang, biarpun ia tak semudah diucap.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah. Sejak kemelut rumah tangga, dikhabarkan mereka tinggal berasingan begitupun Puteri Sarah sentiasa mendapat sokongan ibu dan bapa mertuanya.

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!