“Maaf tnye, oprat hidung ke Lana Nodin sbb nampak cam plastik dia cam nk tanggal” – Netizen

Menyambut hari jadi insan tersayang sememangnya sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan kita, malah di kebanyakan budaya serata pelosok dunia. Apatah lagi sambutan hari istimewa itu buat anak buah hati pengarang jantung, sudah tentu lebih terserlah curahan kasih sayangnya. Itulah jua yang ditonjolkan pelakon dan model, Lana Nodin yang berkongsi ucapan tersebut pada anaknya.

Sambil menyanyikan lagu hari jadi, terserlah sifat keibuan Lana tatkala memberikan c1uman pada anaknya itu yang dikongsikan dalam posting terbaharu beliau. Tak kurang ramai memberikan ucapan sama dan mendoakan anaknya yang dipanggil Billy Boy itu.

Ya, ia sesuatu yang biasa dilakukan oleh ibu-ibu di luar sana. Begitupun, dalam berkongsi keceriaan dan kebahagiannya bersama anak tersayangnya itu, ada sesuatu yang menancap pandangan mata netizen.

Berdepan kntrversi apabila dituuduh sebagai seorang ant1 vksn dalam kelantangannya mengkritik baru-baru ini, rupanya ada yang ‘terperasan’ tentang kelainan bentuk hidung artis itu.

Tanpa berlapik, seorang netizen menulis di ruangan komen di status posting Lana yang menyanyikan lagu hari jadi buat anaknya itu dengan tag kepada Lana dan bertanyakan sama ada beliau membuat pembdahan plstik di hidung.

https://www.instagram.com/p/CWoqqwVFM8p/

Terdapat juga yang bersetuju dengan ‘kelainan’ itu dan mengiyakannya dengan mengatakan dia sendiri berasakan hendak bertanyakan soalan yang sama kepada isteri kepada David McKienzie berkenaan.

Menariknya komen pertanyaan tersebut dijawab sendiri oleh Lana. Sama ada secara bergurau atau sebaliknya, balasnya: “haah nak tercabut dah hidung i ni”.

Dalam pada itu, ada jua yang menafikan bahawa hidung Lana itu ‘plastik’ dan menyifatkan ia bukan isu besar.

Daripada perkongsian netizen lain, difahamkan seawal pembabitan Lana dalam dunia hiburan lagi sememangnya bentuk hidungnya sudah sedemikian.

Malah dalam sebuah rancangan hiburan tempatan berbelas tahun lepas, Lana dikatakan pernah kena terjah untuk diinterviu seorang wartawan yang siap memicit-micit dan menggoyang-goyangkan hidungnya bagi memberikan ‘bukti’ sebab ketika itu ramai mendakwanya telah melakukan pembdahan di muka.

Sumber : Ig Lana Nodin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!