“Lyla senyuman dia sama mcm daddy, Lara like mommy” – Netizen

Penantian pasangan pengacara dan model Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari selama hampir 6 tahun untuk mendapatkan zuriat kedua akhirnya tercapai apabila adik kepada Lara Alana iaitu Lyla Amina dilahirkan sekitar bulan Februari yang lalu. Perjalanan Scha dan Awal dalam mempersiapkan diri untuk menerima kehadiran cahaya mata baru itu telahpun di rakamkan secara ekslusif menerusi rancangan Schaawal Baby Boom 2021.

Para penonton yang mengikuti perjalanan mereka berdua juga merasa amat terharu ketika menonton episod kelahiran Lyla Amina kerana memahami perasaan gembira pasangan tersebut yang telah menunggu hampir 6 tahun untuk menerima kehadiran puteri kedua mereka itu.

Berkongsi mengenai pemilihan nama, menurut Awal nama Lyla merupakan pilihan peribadi anaknya Lara Alana. Manakala beliau dan isteri sepakat berkenan dengan nama Aminah.

Di sebabkan itu nama tersebut di gabungkan sebagai Lyla Amina yang membawa maksud hitam manis, jujur di percayai dan beriman.

Scha pernah berkongsi cerita dimana sebelum ini sekiranya Awal sedang melayani Lyla maka beliau akan segera melayani Lara supaya anak sulungnya itu tidak merasa tersisih.

Walaupun pada awalnya kanak-kanak itu kelihatan sedikit cemburu dengan layanan ibu bapanya yang sudah beralih arah namun semakin lama Lara sudah menyesuaikan diri dengan perkara tersebut.

Hampir 4 bulan “naik pangkat” sebagai kakak, Lara Alana kelihatan gembira melayani adiknya. Terbaru menerusi instagram Lara, sekeping gambar Lara sedang mendukung Lyla telahpun dimuatnaik oleh ibu bapanya.

Caption gambar tersebut bertanyakan adakah Lyla kelihatan seperti Lara ataupun Lara kelihatan seperti Lyla.

Menjawab pertanyaan tersebut, netizen rata-ratanya menjawab bahawa wajah adiknya itu sangat mirip dengan bapa mereka iaitu Awal Ashaari.

Maka disebabkan itu kedua-dua adik beradik itu mempunyai wajah yang agak berbeza. Lara seiras wajah Scha manakala Lyla pula seiras wajah Awal. Berikut  dikongsikan komen netizen.

Kakak ikut muka mummy adiknya pula ikut muka daddy. Adil dan saksama bukan? Mungkin pada awalnya Lara merasa sedikit sukar untuk menyesuaikan diri kerana sudah 6 tahun kanak-kanak itu mendapat perhatian sepenuhnya namun kini terpaksa berkongsi kasih dengan si adik.

Bagaimanapun lama-kelamaan Lara pun sudah menyesuaikan diri dan menerima kehadiran adiknya itu dengan penuh kasih sayang. Penyayang betul kakak Lara ni.

Sumber : ig Lara Alana.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!