Luluh hati isteri, suami mohon untuk poligami kerana isteri tak mampu berikan anak setelah 15 tahun berkahwin

Baru-baru ini ada cerita yang di muat naik oleh pemilik laman mukabuku Wan Nurul Hani betul-betul terjadi di kalangan masyarakat kita. Ada juga kisah ini terjadi di kalangan keluarga dan sahabat handai kita. Kerana terlalu mengikutkam naffsu lelaki, Seorang lelaki telah buat keputusan berpoligami dengan alasan isteri tidak dapat memberikan zuriat setelah 15 tahun perkahwinannya dan telah membuat pengetahuaan di mahkamah.

Namun setelah kahwin isteri tua mengandung dan sesuatu telah terjadi pada isteri pertama. Sehingga kini status Wan Nurul Hani telah mendapat 5400likes, 937komen dan 4200 shares.

Baca ceritnya di bawah.

Si suami datang ke mahkamah untuk memohon kebenaran poligami. Reason? Isteri tak mampu bagi zuriat selepas 15 tahun perkahwinan. Mana la tidak hancur hati si isteri bila si suami beralasan sedemikian. Sedangkan selama ni doktor dah sahkan 2 2 tiada masalah kesihatan.

Si isteri pernah memberi cadangan kepada si suami untuk mengambil anak angkat. Namun ditolak mentah-mentah oleh si suami. Siap berjanji bulan bintang bagai cukuplah si isteri ada dengannya dan dia tidak kisah soal anak dan tidak akan berpaling lain.

Itulah orang cakap. Jangan di sangka panas sampai ke petang. Atas permohonan suami nak berpoligami itu, maka redha lah si isteri. Si suami siap berjanji akan adil dengan kedua-dua isteri. Siap berjanji kasih sayang kepada isteri pertama tidak akan pernah berkurangan.

Si suami pun berkahwin dengan isteri baru. Yang lagi muda dari isteri pertama. Dan yakin isteri muda mampu berikan zuriat kepada dia. Ditatang isteri muda bagai minyak yang penuh. Isteri pertama sudah mula diabaikan. Banyak lebihkan isteri kedua.

Takdir dan kuasa allah tiada siapa pun mampu menolak. Baru beberapa bulan perkahwinan baru si suami dengan isteri kedua, isteri pertama disahkan mengandung terlebih dahulu sebelum isteri kedua. Tapi aneh. Si suami langsung tidak amik endah isteri pertama yang tengah

mengandungkan zuriat dia. Sedangkan itulah zuriat yang ditunggu selama 15 tahun berkahwin. Sedangkan itu la alasan terbesar si suami buat untuk berpoligami dahulu. Diabaikan isteri pertama yang tengah alahan teruk. Janji hanya tinggal janji.

Kesudahannya, si suami cerraikan isteri pertama yang sarat mengandung itu tanpa ada lagi rasa kasih sayang dan belas ehsan. Tegarnya kau wahai lelaki. Allah anugerahkan kepada si isteri seorang anak lelaki sebagai ganti si suami. Semoga anak ini akan menjadikan ibunya sebaik-baik wanita yang perlu dihargai.

Tuan hakim selalu berpesan kepada lelaki-lelaki yang datang untuk memohon kebenaran berpoligami: “Walaupun poligami itu suatu sunnah, tetapi tanggungjawabnya sangat besar dan berat. Jadikan poligami itu makin dekatkan diri kita kepada allah. Bukan makin menjauhkan diri kita dan buat kita lalai.

Di padang masyar nanti, akan ada satu golongan yang berjalan dengan tempang. Senget sebelah. Siapakah golongan itu? Itulah lelaki yang berpoligami tetapi tidak adil dan tidak bertangunggjawab. Menganiaya isteri-isteri dan anak-anak”

Sumber : Laman Muka Buku milik Wan Nurul Hani

Terima kasih kepada Wan Nurul Hani kerana berkongsi pengalaman ini di laman mukabuku anda. Semoga kisah benar ini menjadi pengajaran kepada semua pasaangan di luar sana. Apa kata anda. Silakan share jika cerita ini bermanfaat.

“Kasihan Abang, Sayang Tak Dapat Beri Zuriat Sebelum Umur Abang 3-Series”

Tuhan menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara. Ada dengan kemiskinan, peny4kit, kehilangan dan sebagainya. Pasaangan ini pula diduga dengan rezeki cahaya mata yang belum kunjung tiba selepas setahun melangsungkan perkahwinan.

Bagaimana pun si isteri tak pernah putus asa malah sentiasa berikhtiar dengan pelbagai cara dan kaedah. Satu ketika harapan isteri untuk hamil semakin berbunga mekar selepas melakukan urutan kesuburan. Akan tetapi ia punah sekelip mata gara-gara sikap pemandu yang cuai

menyebabkan mereka terbabit dalam kejadian jalanraya hingga isteri mengalami keluukaan akibat usus terkoyak. Suami, Ahmad Saiduddin Amran berkongsi perasaannya tentang apa yang berlaku pada isterinya Aina Nadrah Rosli. Doakan semoga isterinya sembuh dan tabah berdepan dugaan ini.

“S4kitnya, bang. Macam mana Sayang nak pregnant ni, bang. Kenapa jadi pada kita, bang?” Begitulah rintihan yang pertama terucap dari mulut isteri sejurus selepas kenderaan kami menghentam Kia Spectra silver yang secara tiba-tiba dari arah bertentangan yang masuk melintang ke lorong

kami yang sebenarnya dapat dielakkan dengan sikap pemanduan yang betul. “Buka seat-belt. Kita keluar dulu,” ujar saya yang turut menahan pedih kes4kitan akibat momentum dari renggutan seat-belt pada abdomen semasa hentaman.

Kelihatan orang ramai yang melihat kejadian tersebut sudah mula mengerumuni kenderaan yang terlibat. Kami berdua segera dipapah ke tepi jalan. “Apa jadi kepada driver kereta tu?” saya bertanya kepada salah seorang saksi kejadian yang membantu kami keluar dari kenderaan.

“Tak sedar. Kepala luuka.” Hati saya sedikit kecewa mendengarkan jawapannya. “Kenapa tidak pergi hembus nafas terakhir saja?” getus hati saya. Atau sekurang-kurangnya patah riuk. Tidak sahaja tabiat pemanduannya membahaayakan nyawa orang lain. Lebih dari itu, dia telah membuat isteri saya sedih dan kesal, bukan sahaja batang tubuh, sekaligus harapan isteri saya.

Baru buat urutan untuk kesuburan

Beberapa minit sebelum kejadian, di dalam kereta, isteri dengan penuh semangat dan harapan berkongsi saranan untuk bertungku perut sesampainya nanti kami di Semenyih. Ketika itu kami dalam perjalanan untuk pulang dari Parit Buntar, kampung bapa mentua saya, menuju ke tol Taiping (U).

Katanya, saranan itu dia peroleh dari Mak Su-nya yang juga baru saja memberikan urutan bagi kesuburan pada pagi hari sebelum kejadian.
Setelah hampir setahun melangsungkan pernikahan dan masih belum wujud tanda-tanda dikurniakan zuriat, kami mengambil keputusan

mencari ikhtiar supaya isteri mudah hamil. Sebutlah apa saja kaedah yang kami tidak pernah ikhtiarkan dalam tempoh setahun ini. Dari kaedah tradisional, ‘sunnah’, produk komersial terlajak laris, sehinggalah ke perubatan moden, hampir kesemuanya pernah kami ikhtiarkan.

Setakat ini, belum satu pun yang berjaya. Bukanlah sedikit yang telah kami belanjakan untuk tujuan itu. Sejujurnya, saya separuh putus harapan. “Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tiada, nak buat macam mana,” itulah yang sentiasa saya ujarkan kepada diri.

Saya mula mengambil semula kafein yang pernah saya hindarkan kira-kira selama dua bulan semasa kami mencuba kehamilan. Saya turut mula culas mengambil makanan tambahan bagi kesuburan selagi tidak diperingatkan isteri.

Dia mahu hamil sebelum Raya Haji

Namun, isteri tiada nampak tanda berputus asa. Gagal satu ikhtiar, gigih dia mencari ikhtiar yang lain. Pada asalnya, sebelum mendapat saranan bertungku, selepas raya isteri bercadang untuk pergi berurut dengan tukang urut kesuburan wanita di Kuala Selangor.

Sebelum Raya Haji, katanya dia mahu hamil, kalau diizinkan Tuhan. Kalau tidak, manalah mahu letak air mukanya di hadapan sepupu-sepapat yang antaranya telah menimang cahaya mata dan sebahagian lagi hanya menunggu masa, walaupun tarikh pernikahan mereka berlangsung selepas kami.

Namun kesemuanya telah musnah gara-gara sikap pemandu Kia Spectra yang sepatutnya kiokkk je tempoh hari. “Bang, kalau terjadi apa-apa pada Sayang lepas ni, Abang maafkan Sayang, ya?” ujar isteri tiba-tiba setibanya kami di KK Bagan Serai bagi mendapatkan rawatan,

sebelum dipindahkan ke Hspital Taiping dengan ambulans. Allah. Itulah kali pertama air mata jantan ini tumpah di hadapan isteri. Sekalipun bukan salahnya, tetap dia meminta maaf. Saya mampu bersabar dengan lamanya kes4kitan suatu penantian.

Namun, melihat isteri yang putus harapan, yang selama ini dialah yang menjadi sumber harapan, hati suami mana yang tidak luluh. Pernah suatu hari juga, dia berkata, “Kasihan Abang, Sayang tak dapat berikan zuriat sebelum Abang berumur 3-series.”

Sejam sebelum isteri dipindahkan ke Bilik Operation (OT), saya tidak mampu berkata sepatah pun kepadanya kecuali tumpahlah genangan air mata yang gigih ditahan-tahan ini. “Maafkan Abang, ya.” Itulah saja yang mampu saya luahkan sebagai kalimat yang mungkin adalah yang terakhir.
“Bukan salah Abang.”
Sayangku Aina Nadrah Rosli

Biarlah 5 atau 10 atau 20 tahun sekalipun, Abang berjanji tidak akan lagi berputus asa berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Justeru, kuatkanlah semangat, janganlah putus harapan untuk terus hidup, untuk anak, untuk cita-cita dan segalanya.

Segeralah sembuh dan sedar. Ramai di sini yang tidak putus berdoa demi kepulanganmu. Yaa Allah, Kau ampunilah dosa-dosa isteriku sebagai ganjarannya bersabar dalam menanggung kes4kitan. Dialah yang sering membangkitkan untuk mendirikan Subuh, menyediakan sahur dan iftarku,

selalu mengajakku berjemaah menunaikan solat, dan mengingatkanku agar tidak melupakan Kalam-Mu. Engkau tahu bahawa amalan-amalan yang dia lakukan ini semata-mata mengharapkan keredhaan-Mu, maka keluarkanlah dia dari kesuulitan ini dan permudahkanlah kesembuhannya. Amin.

Sumber Fb Ahmad Saifuddin Amran via mallocmedianetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*