Lps dipuji tolak tawaran H0llywood, Nadia Brian belajar mengaji Muqadam mula dari awal

Nama Nadia Brian hangat baru-baru ini apabila kisah rumahtangganya menjadi bualan netizen. Rumahtangga Nadia dan suaminya Muizz Nasruddin bergolak apabila suaminya berkata Nadia mempunyai orang ketiga. Nadia dan suami mendirikan rumahtangga pada November 2019 setelah berkenalan pada 2017. Nadia dan suaminya kini sedang menunggu proses percraian dan k3s sebutan mereka di mahkamah dalam masa terdekat.

Sebagai seorang pelakon, sekiranya menerima tawaran untuk membintangi drama atau filem di H0llywood merupakan impian besar buat mereka kerana mengetahui impak besar kepada kerjaya lakonan masing-masing.

Bagaikan bulan jatuh keriba merupakan perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan keadaan tersebut kerana bukan senang utk melebarkan sayap ke luar negara tambahan pula H0llywood. Begitulah yang dilalui oleh Nadia Brian apabila mendapat tawaran berlakon di H0llywood.

Namun begitu berlainan pula kisah buat pelakon putih gebu iaitu Nadia Brian ini. Nadia Brian atau pemilik nama penuh Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi ini berkata beliau bagaimanapun terpaksa menolak tawaran yang datang daripada H0llywood itu demi menjaga sensitiviti agama. Sebagai seorang melayu adab dan budaya yang masyarakat kita amalkan tidak sama dengan negara luar.

Menurut Nadia beliau begitu gembira apabila mendapat tahu mengenai tawaran berkenaan namun merasa kecewa setelah membaca skrip drama bersiri 12 episod itu apabila terdapat beberapa babak dalam drama berkenaan yang memerluukan dirinya untuk tidak berbaju dan melakukan beberapa adegan panas.

Nadia berkata walaupun dirinya seseorang yang sering berpakaian sksi namun adegan berkenaan dan babak yang memerluukan beliau menanggalkan pakaian amat bertentangan dengan prinsip dirinya. Beliau berkata dirinya tidak mampu untuk melakukan perkara sedemikian semata-mata untuk peluang berlakon dalam drama H0llywood.

Nadia menyedari tindakan tersebut bakal mencalarkan imej dan reputasi diri serta nama baik keluarganya. Ujar Nadia lagi sekiranya beliau menerima tawaran tersebut penggambaran bakal bermula bulan ini dan beliau perlu ke Ireland selama enam bulan bagi memenuhi tuntutan dalam drama tersebut.

Berkongsi status di Instagram story, Nadia menjelaskan lebih lanjut mengenai sebab sebenar beliau menolak tawaran drama 12 episod daripada Hollywood berkenaan.

Sebagai seorang melayu yang beragama islam, Nadia sedar tuntutan watak yang perlu dilakonkan oleh beliau itu sangat bertentangan dengan dirinya.

Nadia juga percaya setiap orang telah ditakdirkan jalan kehidupan masing-masing dan redha dengan rezeki yang bukan miliknya.

Nadia turut berkata pelakon di Malaysia mempunyai bakat besar dan sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk melebarkan sayap keluar negara terutamanya ke H0llywood namun kekangan di sebabkan oleh budaya dan cara hidup yang berbeza.

Menjengah keruangan komen, para peminat memuji sikap Nadia yang sangat matang dalam membuat keputusan dan penilaian. Nadia sedar keputusan yang diambil itulah yang akan menentukan arah tuju kerjaya beliau sebagai pelakon pada masa akan datang.

Rata-rata netizen memuji sikap Nadia kerana tidak menggadaikan maruah dirinya semata-mata demi tuntutan kerjaya dan mengejar impian ke Ho0lywood.

Netizen juga mendoakan agar selepas ini Nadia juga boleh menutup aurat dengan sempurna. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan Instagram beliau.

Meninjau di Ig story Nadia Brian, Nadia berkongsi beberapa video sedang mempelajari muqadam dari seorang ustazah di atas talian. Nadia mengenakan Jubah dipadankan dengan selendang. Belian turut mendoakan urusan dalam mempelajari ilmu agama dipermudahkan

Belajar Bacaan

Doa semoga dipermudahkan urusan

Mungkin ada rezeki lain buat Nadia selepas ini kerana mementingkan sesitiviti beliau sebagai seorang mslim. Nadia juga percaya dengan rezeki yg Allah sudah tetapkan buat dirinya. Semoga kerjaya seni Nadia terus berkembang selepas ini walaupun bukan di H0llywood.

Sumber: Instagram nadia brian

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*