“Lofa dah turun 15kg” – Netizen

Pasangan sensasi Neelofa dan PU Riz telahpun di kurniakan zuriat pertama mereka pada 29 Januari yang lalu sekitar jam 3.44 petang. Pasangan itu juga tidak lupa mengucapkan terima kasih buat sahabat dan para peminat yang tidak lupa mendoakan keselematan Neelofa dan anak pertama mereka itu. Mereka juga merakamkan jutaan penghargaan dan memanjatkan kesyukuran di atas kurniaan cahaya mata pertama itu.

Setelah 7 hari di lahirkan, pasangan ini telah berkongsi kepada para peminat mereka nama buah hati sulung mereka itu. Pasangan itu telah mengumumkan nama bagi anak lelaki sulung mereka iaitu Muhammad Bilal.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan nama buat anak mereka, pasangan itu mendedahkan bahawa makna nama Muhammad Bilal itu cukup istimewa kerana Muhammad merupakan nama Nabi kita yang membawa maksud ‘yang terpuji’ dalam Bahasa Arab.

Manakala Bilal pula membawa maksud ‘bulan purnama’ dan ‘kemenangan’. Malahan nama Bilal sendiri merupakan nama seorang sahabat Nabi Muhammad yang juga merupakan muazin pertama dalam sejarah islam.

Sementara itu, di salah satu perkongsian di Instagram PU Riz pula, pendakwah tersebut juga meluahkan rasa syukur beliau di atas kelahiran anak sulungnya Muhammad Bilal.

PU Riz berkongsikan sekeping gambar stokin bayi serta meluahkan doa dan harapan buat anaknya itu agar menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa.

Ramai yang meluahkan rasa sebak dan terharu dengan harapan dan doa seorang bapa buat anaknya yang baru lahir. Penulisan PU Riz di media sosialnya itu juga menarik perhatian apabila beliau memanggil anaknya Muhammad Bilal dengan panggilan adik dan beliau membahasakan dirinya sebagai Abah.

Kongsi PU Riz lagi, beliau dan Neelofa sepakat menggunakan panggilan Abah dan Umi. Keserhanaaan pasangan ini dalam menggunakan nama panggilan buat anak- anak menerima perhatian daripada para pengikut dan juga warganet yang merasa tertarik dengan panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu.

Warganet memuji panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu sebagai Umi dan Abah meskipun kebanyakkan para pasangan artis popular yang lain menggunakan panggilan Mummy dan Daddy kerana mahu seiring mengikuti peredaran zaman dengan menggunakan panggilan yang lebih moden.

Menerusi perkongsian di Instagram salah seorang peminat iaitu Lofa World, satu video yang merakamkan perkembangan terbaru Neelofa telah di muatnaik.

Sepertimana yang di kongsi di Instagram Neelofa sendiri, selebriti berkenaan telahpun kembali bekerja setelah selesai menjalani tempoh berpantang.

Selebriti berkenaan di lihat semakin ramping setelah melahirkan anak. Manakan tidak, beliau telah menjalani tempoh berpantang dan rutin wanita berpantang dengan sangat berdisiplin.

Khabarnya Neelofa juga telah kehilangan sebanyak 15 kilogram setelah melahirkan buah hati pertamanya itu. Wah hebatnya Neelofa. Banyak juga susut berat badan Neelofa setelah selesai berpantang ya.

Sepertimana juga kebanyakkan wanita lain yang ingin mendapatkan semula berat badan ideal seperti sebelum mengandung, pastinya Neelofa juga sedang berusaha ke arah itu.

Menjengah keruangan komen, rata- rata para peminat usahawan tudung terkenal itu amat merindui beliau untuk kembali aktif di media sosial. Ruangan komen juga di banjiri pujian terhadap penampilan terkini sleebriti berkenaan.

Tidak kurang juga komen para peminat yang masih tidak putus bertanya mengenai Bilal kepada selebriti tersebut. Berikut dikongsikan komen- komen netizen itu.

Sehingga kini, pasangan popular itu masih belum berkongsikan wajah anak mereka kepada umum sehingga membuatkan orang ramai ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa.

Sumber: ig lofa world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!