“Lizzy satu harapan kami, jgn tiba2 kawin mengejut” – Netizen

Nama penyanyi Elizabeth Tan sudah begitu dikenali dalam kalangan peminat melayu di negara kita. Gadis tinggi lampai berketurunan cina ini mula dikenali dengan lagu “Knock, Knock” sekitar tahun 2014. Bakat beliau mula dikesan apabila sering menyanyikan lagu cover menerusi saluran youtube beliau. Kerjaya seninya berkembang dengan baik dan kini beliau juga sudah berkecimpung dalam bidang lakonan serta peragaan.

Elizabeth Tan yang juga mesra di sapa Lizzy sangat aktif di media sosial dimana beliau menjadikan platform berkenaan untuk berinteraksi bersama para peminat. Video yang dimuatnaik oleh beliau juga sering menjadi tumpuan para peminat seperti baru-baru ini video Lizzy berkongsi resepi masakan telah menarik hampir 860 ribu tontonan dalam tempoh singkat.

Lizzy mempunyai sebanyak 1.9 juta pengikut di akaun Instagram di mana sebahagian besarnya adalah peminat lelaki. Lizzy juga sering tercalon sebagai artis wanita idaman para jejaka di samping beberapa artis wanita yang lain.

Jika sebelum ini Hannah Delisha juga antara selebriti wanita yang mempunyai peminat yang ramai namun berita yang mengejutkan mengenai pernikahan beliau semalam telah cukup membuatkan para peminat ptah hati dan kecewa.

Tular video sebelum ini Lizzy juga pernah membuat kejutan menayangkan sebuah video beliau memakai baju pengantin di dalam sebuah acara seolah-olah majlis perkahwinan. Mujurlah pakaian dan acara tersebut hanyalah sebagai gimik untuk melancarkan lagu terbaru beliau bersama Hazama iaitu Beku.

Pada awalnya ruangan komen di video berkenaan turut di limpahi komen-komen yang meluahkan rasa kecewa. Bagaimanapun perasaan para peminat sedikit lega dan terubat setelah mengetahui gambar tersebut hanyalah sekadar gimik promosi sahaja.

Memuatnaik sebuah video terkini beliau menunjukkan aktiviti dimana beliau kini sedang berusaha untuk belajar bermain papan luncur. Lizzy meminta peminat tidak ketawakan beliau kerana tiba-tiba beliau telah terjatuh semasa sedang mengimbangkan badan di atas papan luncur dan malu kerana masih belum mahir sepenuhnya.

Ada yang berkata Lizzy sudah cukup hebat kerana berjaya seimbangkan badan di atas papan luncur. Namun nasib kurang baik, beliau terjatuh kerana tidak mengikut arahan anak panah di atas laluan berkenaan.

Menariknya video Lizzy berkenaan kebanyakkannya dipenuhi komen yang meluah perasaan dan harapan para peminat terhadap beliau supaya tidak mengecewakan hati mereka yang sudah cukup terluuka di atas berita mengejut mengenai perkahwinan Hannah Delisha semalam.

Berita mengenai perkahwinan pelakon Hannah Delisha dengan pilihan hatinya Imam Shah begitu menggmparkan industri hiburan semalam. Masakan tidak, tiada angin tiada ribut tiba-tiba Hannah memuatnaik gambar beliau telahpun selamat menjadi isteri menerusi Instagram.

Ramai yang memuji sikap Hannah yang tidak menghebohkan hubungan cinta beliau kepada umum dan hanya mendedahkan suaminya setelah sah menjadi seorang isteri. Namun tidak kurang juga begitu ramai yang paatah hati dan kecewa mendengar berita tersebut. Nasib baik Lizzy masih single lagi.

Sumber:  ig elizabethtan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*