“Lisa Surihani versi lelaki nih”- Netizen

Jarang sekali kita lihat pelakon lelaki yang berambut panjang. Namun kini, salah seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik dengan imej berambut panjang dikenali sebagai Ben Amir. Populariti Ben Amir sehingga kini semakin meningkat selepas membawa watak utama dalam beberapa drama. Bahkan imej rambut panjang Ben yang kemas itu sering menjadi perhatian peminat-peminatnya.

Jangan tak tahu, Ben pun cukup teliti dalam menjaga kekemasan rambutnya dan sentiasa tampil kemas meskipun rambutnya panjang.

Lebih menjadi perhatian baru baru ini, Gelagat Ben meniru gaya percakapan seseorang di Tiktok telah menghiburkan ramai peminatnya.

Jarang sekali Ben menunjukkan sisi yang berbeza dan apabila terserlah gelagat lucunya, ramai peminat terhibur melihat Ben.

“Haha patutlah makin kelakar, main tiktok sekarang, jenuh gelak tengok ben ni, Yeay finally boleh tengok Ben Amir bertiktok”- Netizen

Dalam pada itu, video Ben yang dikongsi di Instagram telah ditonton sehingga 600,000 tontonan dan menerima pelbagai respon di ruangan komen.

Ben Amir ni kelakar rupanya ye.. Selalu tengok Ben serious je dalam drama hehe..

Sumber: Instagram Ben Amir, astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!