Lihat Dengan Teliti Gambar Wanita Cantik Ini, Anda Akan Terkejuut Dengan Rahsia Yang Tersembunyi

Apabila anda melihat potret ini , pasti anda terfikir yang jurufoto ini sangat artistik. Fotonya sangat cantik bagai sentuhan tangan seorang pelu kis. Dan ia sebenarnya bukan foto tetapi sebuah potret. Realitinya ia adalah lukisan potret yang sebenar hasil sentuhan tangan yang sangat artistik oleh seorang artis bernama Leng Jun. Leng Jun adalah seorang artis kontemporari yang sangat berpengaruh di China.

Hasil kerja seninya adalah yang terbaik di kalangan artis yang lain dalam menghasilkan lukisan dan lakaran dengan penelitian yang sangat halus dan mengagumkan.

Leng Jun dilahirkan di Sichuan, China menamatkan pengajian dalam bidang seni halus di Kolej Wuhan cawangan Hankou pada tahun 1984 dan kini telah menetap dan bekerja di Beijing.

Leng Jun dikenali sebagai seorang artis yang menghasilkan kerja seninya dengan cara dan tumpuan yang sangat halus dan mengagumkan. Dan apabila anda melihat sendiri hasil lukisannya anda mungkin tidak dapat membezakan yang sama ada lukisan itu sebuah foto atau lukisan hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus.

Anda pasti akan berasa sangat kagum dengan hati yang berdebar-debar melihat lukisan potret ini. Bawakan sekali kanta pembesar untuk melihat ketelitian setiap jejalur dan bayangan pada lakaran dan warna yang sangat kemas di atas potret yang akan membuat anda berasa tidak percaya yang ia adalah sebuah lukisan.

Lihat sahaja hasil kerja Leng Jun yang sangat hebat dan mengagumkan ini . Lihat lebih lanjut hasil lukisan seni halus Leng Jun di Wide Walls dan China Cool Art.

Lukisan ini sangat hebat, memang nampak real. Apa pendapat semua?

Ilusi sekeping lukisan hidup

SUASANA di taman itu sangat tenang hasil cicipan merdu burung kolibri yang terbang bebas menghisap nektar bunga paruh nuri. Awan mendung yang menutupi langit menghilangkan rasa hangat bumi.

Pepohon rendang beralun senada bagaikan menari bersama-sama melodi angin yang bertiup lembut. Jauh di satu sudut, terdapat sebuah bakul indah yang dihiasi dengan jerami muda dan bunga selasih di atas meja kayu berukiran jepara.

Menghampiri ke arah itu, kelihatan seakan-akan sekujur tubuh bayi sedang nyenyak tidur bersama kain yang membaluti tubuhnya. Kulit mulus yang berada di dalam bakul beralas kain rona daun tersebut dijaga dengan sempurna bersama perhiasan cekak kepala bebunga spektrum putih.

Tangan sebesar dua jari memeluk tubuh bersama ukiran bibir yang tersenyum tenang dengan lirikan mata ditutup rapat. Sesekali angin yang menghembus turut membelai manja pipi gebu serta menggerak-gerakkan anak rambutnya.

Bentuk wajahnya dicipta dengan garis simetri yang begitu teliti dan tanpa cacat cela. Sementelah diamati dari jarak dekat, tubuh dengan sifat kesempurnaan dan kulit yang seakan-akan disolek itu sebenarnya adalah sebuah lukisan hasil lakaran magis seorang pelu kis muda berbakat besar, Mohd. Nizammuddin Abdullah, 24.

Hujung pensel kayu berwarna asas dioles dengan penuh fokus di atas sekeping kertas polos bersaa iz A4 sehingga membentuk lukisan seperti ditiup roh. Ia menghadirkan ilusi seakan-akan hidup sehingga mampu disentuh dan digendong menggunakan tangan.

Setiap lukisan adalah cabaran bagi saya kerana menghasilkan sebuah potret untuk kelihatan seperti ini bukan mudah. Sekiranya tidak menjadi, ia akan nampak seperti karakter kartun dan itu adalah perkara yang paling ditakuti oleh peluu kis berkonsepkan gambar hidup.

Sesebuah gambar yang dihantar akan dikaji terlebih dulu termasuk melihat pada sisi yang sesuai untuk dimulakan dan kedudukan bayang-bayang. Sekiranya tersalah teknik, saya tidak akan padam sebaliknya terus dibuang kerana ia dianggap tidak sempurna,kata pemuda kelahiran Perak itu.

Lebih mesra dengan panggilan Nizam, dia mempunyai minat yang mendalam dalam dunia seni lukisan dan mula melakar karya sejak di bangku sekolah selain menyertai setiap pertandingan yang dianjurkan.

Lukisan mural pada dinding juga pernah diabadikan oleh jejaka tersebut apabila ramai guru mengesan bakatnya dan memberi kepercayaan dalam melukis pada dinding sekolah.

Malah, tiga lukisannya turut terpilih untuk dipamerkan di sebuah galeri pada satu kursus yang dianjurkan oleh pihak Universiti Pendidikan Sul tan Idris Tanjung Malim, Perak enam tahun lalu.

Kursus tersebut turut dihadiri oleh seorang artis anime yang diterbangkan khas dari Jepun untuk memberikan taklimat. Ketika itu, dia sedang menuntut di tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout, Sungkai, Perak.

Bagaimanapun, perjalanan bakatnya turut dikembangkan ke peringkat diploma apabila menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka Seramik di Universiti Teknologi Mara, Kampus Seri Iskandar, Perak.

Menyoroti susur aktiviti sehariannya, Nizam memberitahu, dia mula serius menceburi bidang lukisan sejak November tahun lalu.

Pada awalnya, dia sedikit bimbang untuk menumpukan sepenuh masa dan menjadikan ia sebagai karier. Namun, hasrat itu tetap diteruskan kerana perasaan ingin mencuba terus menebal.

Menjadikan media sosial Instagram sebagai medium untuk melebarkan hasil karyanya, memperoleh pengikut seramai 14,300 dalam tempoh yang singkat itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa bakat Nizam diiktiraf khalayak.

Saya sedikit skeptikal dan tidak yakin, adakah rakyat Malaysia akan menghargai hasil lukisan serta meminati karya ini?

Bagaimanapun, setelah beberapa percubaan, ternyata tanggapan serong saya itu meleset sama sekali.

Ramai rakyat Malaysia gemar wajah mereka dilukis dan diabadikan pada kepingan kertas menggunakan kaedah lakaran manual serta menghargainya lebih berbanding cetakan digital,ujarnya yang menggunakan nama instazaam_ di laman sosial Instagram.

Anak kelima daripada enam adik-beradik itu ternyata istimewa apabila berjaya menongkah arus kehidupannya.

Walaupun tidak menamatkan pengajian dalam bidang seramik di salah sebuah universiti awam, dia ternyata tidak mudah melatah.

Kegagalan itu dijadikan batu loncatan untuk terus berusaha keras merealisasikan impian bergelar pelu kis hebat.Walaupun tiada seorang pun ahli keluarga saya bergelar pelu kis, ia bukanlah penghalang untuk saya menghasilkan lukisan yang baik.

Saya memilih lukisan berbentuk potrait wajah dan memberikan lebih perincian terhadap subjek.Contohnya, subjek digambarkan dengan mood tertentu seperti ceria dan sedih, katanya ketika ditemui di Studio Clicker, Puncak Alam, Selangor baru-baru ini.

Selain itu, aspek lain yang diambil kira oleh Nizam ialah perincian mata. Menurutnya, para pelanggannya mengemari teknik lukisan tersebut berikutan ia tampak hidup.

Perincian pada mata juga boleh menggambarkan emosi seseorang. Dari mata, kita boleh zahirkan subjek sedang bersedih, perasaan kasih sayang dan lain-lain.

Para pelanggan saya nyata teruja apabila mainan mata pada protret mereka berjaya menjadikan lukisannya unik, katanya.

Nizam juga gemar menghasilkan lakaran hitam putih. Begitupun, dia juga mahir menghasilkan lukisan berwarna atau menggunakan cat minyak.

Dari segi harga, setiap lukisan dijual bergantung kepada tahap kesukaran menghasilkannya iaitu antara RM80 hingga RM750.

Dia turut bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang memberi sokongan penuh terhadap kariernya. Ini kerana, Nizam turut mementingkan restu kedua-dua orang tuanya kerana ia adalah kunci kebahagiaan.

Walaupun pada awalnya, ayah sedikit bimbang dengan kerjaya ini, dia akhirnya terpaksa akur selepas mendengar penjelasan dan melihat pada tawaran yang diterima sepanjang tempoh ini.

Mereka turut berbangga dengan apa yang telah saya capai setakat ini, meskipun terlalu awal untuk menilai kejayaan yang saya kecapi namun, kepercayaan yang diberikan cukup melegakan hati, katanya.

Menghasilkan sebuah lukisan itu tidak mempunyai waktu senggang yang tetap. Ini kerana, ia sepenuhnya bergantung pada percaturan masa sendiri untuk dilengkapkan.

Kadang-kadang, jika mood untuk melukis itu hadir, saya mampu menyiapkan sebanyak lima lukisan dalam tempoh sehari selain hanya mengambil masa kira-kira dua jam bagi sekeping gambar.

Ia turut bergantung pada kesukaran lukisan tersebut selain permintaan pelanggan untuk dihasilkan secara berwarna, minyak mahupun hitam putih dengan menggunakan pensel dan arang,katanya yang menerima tempahan pelbagai saa iz A4 sehingga AO.

Setakat ini, Nizam telah menghasilkan banyak potret selebriti tanah air termasuk Izzue Islam, Johan dan Ozlyn, Anzalna serta Elfira Loy. Kebanyakan diinspirasikan daripada peminat mereka sendiri.

Cara itu turut membuka lebih luas tirai perniagaannya apabila terdapat seorang selebriti tanah air mahu berkolaborasi dalam projek istimewanya.

Dia juga menerima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di beberapa buah kolej swasta.

Sumber : Ig intazaam/ kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*