“Lepas rindu kt seniwati mak jah, semoga mak jah diberi kesihatan yg baik” – Didi Alias

Walaupun dunia hiburan tanah air kini sudah ramai nama-nama baru mula hadir dalam bidang lakonan mahupun nyanyian, namun artis-artis lama atau dikenali sebagai veteran ini masih tidak dapat digantikan tempatnya. Bakat artis-artis lama yang sudah menapak dan berkecimpung lama dalam industri seni tanah air ini memang tidak dapat dinafikan kehebatannya.

Nama yang cukup besar dalam industri lakonan dan glamour dengan panggilan Didi Alias ini telah membuat rakan artis serta netizen terharu dengan posting terbarunya di Instagram. Ini jelas menunjukkan bahawa sosok seorang Didi Alias ini bukanlah seorang yang somb0ng.

Artis yang sudah menapak di industri tempatan sejak berumur 16 tahun ini memang sudah terkenal dengan sikap humorisnya yang sering menghiburkan. Selain bakat hebatnya dalam lakonan, Didi juga terkenal dengan penampilannya yang sentiasa unik dan menonjol.

Baru-baru ini, Didi Alias telah menyempatkan diri dan masa untuk menziarahi salah seorang pelakon veteran terkenal yang dikenali sebagai Mak Jah. Memang sudah lama Mak Jah tidak muncul di kaca TV. Lakonan sedihnya itu tidak pernah gagal membuat para penonton mengalirkan air mata.

Dari video yang dikongsikan oleh Didi Alias di Instagramnya itu, jelas bahawa kedua-dua pelakon ini mempunyai hubungan yang akrab dan berjaya melepaskan rindu setelah lama tidak berjumpa. Mak Jah yang dahulunya pernah disahkan menghidap k4nser, kini terlihat lebih sihat dan ceria.

Didi Alias dan Mak Jah kedua-duanya pastilah mempunyai hubungan yang rapat kerana mereka sememangnya senior dalam industri lakonan sejak sekian lamanya.

Pernah viral dahulu tentang pelakon veteran yang mendapat bayaran rendah dari pihak produksi, namun Mak Jah sendiri menampilkan diri dengan berkata bahawa dia sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang diberikan oleh Allah.

Video yang dimuatnaik oleh Didi Alias itu telah dibanjiri dengan komen dari rakan artis sendiri serta netizen yang mendoakan agar Mak Jah sentiasa diberi kesihatan yang baik. Ramai juga diantara mereka yang merindui lakonan hebat dari Mak Jah di kaca TV seperti dahulu lagi.

Gembira dapat lihat Mak Jah sihat-sihat sahaja bersama keluarga. Semoga artis-artis veteran ini diberikan peluang untuk mencari rezeki dan tidak dipinggirkan begitu sahaja. Memang terbaik Didi Alias yang masih tidak lupa dan ziarah rakan artis senior.

Sumber: Instagram Didi Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!