“Lawa jugak depa walau tak pakai bulu mata awning”- Netizen

Siapa tak kenal dengan figura nan seorang ini. Setiap kali berkongsi hantaran di medsosnya, netizen pasti akan dibelanja dengan gayanya yang tak pernah tak vass. Selain mekap yang mampan, tatarias busana dan keadaan di sekitarnya pasti kelihatan elok sahaja. Pendek kata, apa sahaja gaya foto yang dikongsikan Rozita Che Wan atau mesra digelar Che Ta ini mesti meletop habis.

Gamaknya Che Ta sendiri ada menetapkan SOP kelas tersendiri foto bagaimana yang hendak dikongsikannya dengan netizen. Jarang atau tak keterlaluan dikatakan, tidak pernah ada foto yang memperlihatkan kekurangan dirinya.

Lihat sah4jalah momen dirinya bersama suami tersayang Zain Saidin yang dikongsikannya. Biarpun dalam keadaan bertelekung, wajah Che Ta masih kelihatan anggun dan jelita. Ramai yang perasaan ya…

‘Aaminn….. lawa jugak depa walau tk pkai bulu maata awning’, ‘tak makeup pun meletop dah’, itu antara komen netizen. Jujur penulis akui ada kelihatan benarnya apa yang dicoretkan oleh netizen ini, walaupun di keningnya kelihatan seperti menggunakan pensel kening.

Mana tidaknya… biasalah bagi seseorang Mvslimah yang hendak mendirikan solat bukankah mekapnya perlu ditanggalkan… Masa itu lazimnya jika wanita itu biasa bersolek, orang di sampingnya akan dapat melihat wajahnya yang sebenar tanpa solekan.

Tapi tak tahulah pula kan jika dalam foto ini, Che Ta masih bermekap bagi memastikan ‘kemeletopannya’ di mata netizen yang melihat. Apa pun sebelum ini pun ramai yang mengakui kecantikan asli ibu kepada tiga anak ini.

Sebelum ini, peminat dan pengikutnya sudah pasti sedia maklum dengan Che Ta yang biasanya gemar berdandan dan antara trademark dirinya ialah pasti tidak akan lekang dengan keperluannya iaitu memakai bulu mata palsu apabila bermekap. Jarang sekali dia berfoto tanpanya.

Dalam pada itu, ada jua netizen yang menegur di ruangan komen akan Zain yang juga kelihatan lebih muda apabila tidak menyimpan kumis dengan janggut yang sejemput itu. Hakikatnya mereka punya identiti sendiri.

Di hantarannya itu juga, sempat Che Ta berkongsi doa agar Allah memberkati di bulan Rejab dan Syaaban serta memohon menyampaikan diri kepada bulan Ramadhan. Tak kurang ramai netizen yang meng’amin’kan.

Pada 13 Disember 2013, Che Ta dan Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri. Pada 2014, Che Ta dikurniakan cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania Zain. Pada perkahwinan terdahulu beliau mempunyai dua anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Sumber : Ig Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!