Lara Alana dah dpt adik, tahniah Scha dan Awal atas kelahiran anak kedua

Penantian pasngan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari untuk menimang zuriat kedua akhirnya termakbul setelah hampir 6 tahun ikhtiar. Pasngan sensasi tersebut  telah mengumumkan mengenai kelahiran anak kedua mereka menerusi Instagram masing-masing sebentar tadi. Anak kedua mereka itu telah selamat dilahirkan sekitar jam 9.15 pagi tadi di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur.

Scha dan Awal berkongsi mengenai kelahiran bayi perempuan seberat 3.2kg itu dengan penuh rasa kesyukuran dan teruja. Bagaimanapun mereka memaklumkan buat masa ini mereka tidak dapat menerima pelawat dan kunjungan daripada para sahabat dan rakan taulan kerana perlu patuh terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pengalaman mereka berdua sebelum ini membesar dan menguruskan Lara Alana pastinya akan banyak membantu untuk menguruskan kelengkapan anak kedua mereka.  Tambahan pula jantina anak kedua pula serupa dengan anak sulung jadi mungkin persediaan menjadi lebih mudah.

Pasngan ini masih belum berkongsikan nama mahupun gambar buah hati kedua mereka. Mereka berdua bagaimanapun hanya memberikan bayangan awalan permulaan nama bayi perempuan itu yang bermula dengan huruf L dimana ianya serupa dengan nama kakaknya iaitu Lara Alana.

Scha dan Awal mengucapkan rasa syukur kehadrat Ilahi atas amanah baru yang di diterima mereka. Scha dan bayi perempuan mereka berada dalam keadaan baik dan sihat. Buat masa ini ibu dan bayi perlu berehat secukupnya. Instagram Scha dan Awal dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga para peminat mereka.

Mereka dijangka akan pulang kerumah dalam masa beberapa hari setelah semua urusan selesai. Scha dan Awal berkata mereka akan memaklumkan kepada para peminat dan berkongsi mengenai sebarang perkhabaran bersama para pengikut mereka nanti.

Mesti Lara dah tak sabar nak jumpa adik. Lara secara rasminya pun dah jadi seorang kakak sulung sekarang. Semoga urusan keluarga ini akan dipermudahkan. Tahniah sekali lagi buat Scha dan Awal. Lepas ni Lara pun kena tolong mommy jaga adik la.

Sumber: ig scha al-yahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*