“Lama dh kan tunang, kawen jela, org dh beranak pinak dia nk tggu rmbut uban baru nk nikah,tu pun klo jd la” – Netizen

Setelah setahun mengikat tali pertunangan, Nur Risteena Munim dan pasngannya Isa Khan terpaksa melupakan sementara impian mereka untuk berumahtangga pada 20 November tahun lalu apabila terpaksa akur dengan pndemik C0V1D-19 yang masih belum berakhir, malah menunjukkan angka peningkatan sejak akhir ini, pasngan yang mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 itu terpaksa menangguhkan hari bersejarah mereka kerana tidak mahu mementingkan diri tanpa memikirkan keselamatan tetamu.

Kata pasngan ini lagi, segala persiapan perkahwinan sudah pun sudah dilakukan. Namun majlis terpaksa ditangguhkan kerana mereka mahu situasi pandemic C0V1D-19 ini reda terlebih dahulu. Mereka berdua sepakat untuk menangguhkan perkahwinan ke suatu tarikh baharu.

Menurut Risteena lagi, sejujurnya kalau diikutkan tunangnya itu mahu mengadakan majlis akad nikah secara kecil-kecilan di pejabat agama. Bagaimanapun secara peribadi sebagai perkahwinan pertama dan menjadi hari bersejarah buat mereka jadi mereka berdua mengimpikan majlis yang lebih meriah dan boleh dihadiri ahli keluarga dan rakan taulan.

Risteena berkata beliau menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk menguji hubungan mereka berdua. Beliau bersyukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberi sokongan, selain bakal suami yang sangat mencintai dirinya.

Pasngan dua sejoli ini sering mencuri tumpuan dengan video mereka berdua yang sangat mesra dan romantik. Menerusi Instagram, Risteena memuatnaik beberapa video romantik untuk mempromosikan perniagaan mereka berdua.

Video tersebut bagaimanapun mendapat maklum balas dari para peminat yang tertunggu mereka berdua untuk diijab kabulkan kerana sudah sekian lama menjalinkan hubungan.

Ekoran beberapa selebriti yang sudah pun melangsungkan pernikahan walaupun menjalinkan hubungan tidak sampai setahun, pasngan ini juga tidak terlepas menjadi perhatian netizen kerana umum sudahpun mengetahui bahawa mereka sudahpun mengikat tali pertunangan sejak 2019.

Sebelum ini telah tular tunang Risteena iaitu Isa Khan pernah memohon maaf kepada ibu Risteena kerana terpaksa menunda majlis perkahwinan mereka berdua akibat kekangan pndemik c0v1d19.

Menjengah keruangan komen, terdapat beberapa netizen yang bertanyakan mengenai hubungan mereka berdua. Netizen juga berharap agar Risteena juga mempercepatkan majlis pernikahan memandangkan beliau sudah lama bertunang. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Setiap pasngan juga mengimpikan untuk mengadakan majlis pernikahan yang meriah untuk meraikan rakan taulan dan juga saudara mara.

Namun buat pasngan yang mahu mendirikan rumah tangga ketika musim pndemik c0v1d19 ini terpaksa melupakan hasrat dan impian perkahwinan yang gilang gemilang kerana kekangan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan terpaksa dipatuhi demi kebaikan semua.

Siapa yang tidak mahu menghalalkan hubungan setelah sekian lama menyulam cinta. Pasti mereka berdua juga ada alasan mereka yang tersendiri. Kalau dah jodoh tak kemana. Mungkin mereka berdua juga sedang menunggu waktu yang sesuai untuk menunaikan hasrat mereka.

Sumber: ig risteena munim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*