“Lain yg dia eja, lain yg disebut”-Netizen

Sebagai ibu bapa, kita haruslah selalu meluangkan masa bersama anak-anak kita di kala mempunyai waktu lapang. Tak perlu buat itu ini pun, cukuplah ada bersama mereka contohnya di waktu malam, ketika menonton televisyen atau sebagainya. Kita kena lah tunjuk akan sikap keprihatinan kita kepada mereka semua ni.

Sebagai contoh, kita boleh saja meluangkan masa bersama anak-anak setiap malam, ketika mereka sedang melakukan ulang kaji pelajaran. Time nil ah kita boleh bonding dengan mereka semua ni, tengok anak buat homework.

Time ni lah kita boleh ajar dan betulkan kesalahan anak-anak. Boleh ajar mereka membaca, mengira dan juga menolong anak-anak buat kerja rumah mereka. Betul tak ? Barulah semangat sikit diorang nak buat kerja.

Ada dimuat naik video oleh Haziq yang sedang mengajar anaknya mengewa nama-nama haiwan. Rajin betul ayah dan anaknya buat ulang kaji. Bonding seperti inilah yang kita mahukan, membantu anak-anak buat ulang kaji.

Haziq yang sedang mendengar anaknya mengeja. Diejanya D.E.E.R ,satu persatu huruf disebut, tapi lain pula jadinya setelah beliau menyuruh anaknya menyebut kembali perkataan yang dieja nya tadi. Cuba korang dengar disebutnya apa.

Bila suruh serut, terus dia sebut “Horse”. Eh, mana datang nya dik Horse ? Bukan ke tadi eja Deer tadi awat bunyi nya Horse. Terbahak-bahak dibuatnya. Nakal sungguh eh nak sakat ayah dia tu, terhibur kita. Bak kata netizen, boleh join P Ramlee dah ni.

Mungkin dek kerana rupa haiwan tersebut hampir sama kot, pakai sebut ajalah. Nasib baiklah daddy tak garang, kalau garang ni dah lama kena rotan agaknya. Tapi, janganlah sampai rotan kan, gurauan saja. Chill-chill saja.

Adapun anak-anak selalu membuat kesalahan ketika dalam fasa pembelajaran, tak usahlah kita nak memarahi mereka. Dah nama pun proses pembelajaran kan, kalau kita yang dewasa ni pun masih melakukan kesalahan, inikan pula mereka.

Justeru, tak dapat dinafikan bahawa gelagat mereka itu sangat lah mencuit hati para netizen. Kelakar betul anak dan ayahnya pun. Lepasni bolehlah sakat macam tu dengan anak-beranak, dan jangan lupa untuk sentiasa memberi perhatian kepada mereka semua.

Sumber : Ig Haziq_hussni

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!