“Lagi best kalau penyanyi sebenar yang nyanyikan”- Netizen

Muzik Muzik merupakan rancangan carta muzik mingguan di mana lagu-lagu gubahan komposer dan penulis lirik masing- masing akan dipertandingkan untuk dinilai dan diundi oleh para penonton. Tidak seperti rancangan carta muzik televisyen lain yang memutarkan hanya video klip lagu, menerusi rancangan ini, penyanyi di wajibkan untuk merakamkan persembahan mereka secara langsung di studio sebagai pencalonan lagu tersebut.

Tahun ini, rancangan Muzik-Muzik telahpun memasuki musim ke-37. Setelah pemilihan dan beberapa penyingkiran, beberapa lagu telah tercalon ke senarai akhir untuk di pertandingkan di peringkat separuh akhir.

Di peringkat separuh akhir pula, ianya dijalankan bagi menyenarai pendek lagu-lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu atau peringkat akhir Muzik-Muzik.

Pada kali ini, sebanyak 30 buah lagu telah dipilih untuk berentap di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke 37 (Semi Final Muzik-Muzik 37 (SFMM37) yang mempersembahkan ramai penyanyi terkenal tanah air baik yang lama mahupun yang baru dan bakal bersaing dengan pelbagai variasi genre lagu seperti balada, pop rock, hip hop dan sebagainya.

Pusingan separuh akhir untuk edisi ke 37 itu akan bermula pada 25 November 2022 dan 26 November 2022. Bagaimanapun, desas desus mengenai lagu Berakhirlah Pencarianku nyanyian asal oleh Hafiz Suip dan Ernie Zakri yang bakal di nyanyikan oleh penyanyi baru iaitu Ahmad Syafiq dan Wani Khairy mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Hal tersebut berlaku memandangkan lagu berkenaan mendapat undian tinggi dan tercalon ke peringkat separuh akhir kerana undian yang di buat oleh para peminat Hafiz Suip dan Ernie Zakri sendiri.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram TV3, beberapa sedutan rakaman video dan gambar sekitar pertandingan separuh akhir muzik- muzik itu telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Sedutan rakaman lagu Berakhirlah Pencarianku yang di nyanyikan oleh Wani Khairy menerima respon tertinggi daripada para peminat. Malahan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada para pendengar dan peminat lagu tersebut.

Sebagai rekod, Hafiz khabarnya mengundurkan diri dari bertanding kerana mempunyai urusan peribadi, namun begitu Ernie yang turut tercalon untuk lagu Korb4n bagaimanapun meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyanyikan sendiri lagu duet tersebut. Ernie baru mengetahui tempatnya di ganti oleh penyanyi lain dan akur menerimanya.

Pemilihan penyanyi pengganti iaitu Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq adalah di atas persetujuan syarikat rakaman serta komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka kerana tidak kesampaian untuk melihat persembahan penyanyi asal lagu tersebut iaitu Hafiz dan Ernie.

Menurut netizen, nyanyian Hafiz dan Ernie mempunyai trademark mereka sendiri seperti lenggok yang di nyanyikan dan juga nyanyian yang penuh dengan jiwa. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sebagai penyanyi baru, sudah pasti persembahan Wani Khairy mahupun Ahmad Syafiq tidak mampu untuk menandingi pengalaman dan aura pasangan penyanyi yang sudah pernah memenangi anugerah vokal terbaik dalam pertandingan anugerah juara lagu ini.

Apa- apa pun, semoga lagu Berakhirlah Pencarianku akan berjaya mara ke peringkat akhir. Mana tahu, mungkin peringkat akhir nanti Ernie dan Hafiz pula yang akan menyanyikan lagu tersebut.

Sumber: Instagram tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!