“Kuat betul miming dia erkk, luas pulak nganga tu” – Netizen

Pemilik nama Tya Arifin bukanlah nama baru dalam industri seni di Indonesia. Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2011, beliau aktif berlakon sinetron dan juga pernah merakamkan lagu single beliau berjudul “Bawalah Aku” ciptaan Hermansyah. Sewaktu kerjayanya sedang memuncak, Tya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang bersama Asyraf Khalid pada tahun 2015.

Pelakon kelahiran negara seberang itu kini sudahpun menetap di Malaysia kerana bertemu jodoh dengan usahawan Asyraf Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi tersohor tanah air iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza.

Pelakon jelita ini buat sementara telah berehat panjang daripada bidang lakonan kerana ingin memberikan fokus terhadap rumahtangga dan anak-anak.

Mengambil inisiatif untuk berdikari setelah kelahiran anak sulungnya Arif Jiwa Asyraf, Tya telahpun melancarkan produk jamu keluaran syarikatnya sendiri iaitu Mutyara Beauty sejak beberapa tahun lalu.

Setelah berehat panjang dan menyepi dari bidang hiburan, baru-baru ini Tya telah muncul dengan lagu terbaru berjudul “Bagaikan Mutiara”.

Menurut Tya lagu tersebut berkisarkan mengenai perjalanan kehidupan beliau yang mngalkan keluarga demi mengejar cinta dan cita-cita.

Tya baru-baru ini telah dijemput untuk membuat persembahan untuk program TV Mpop. Sebuah video berdurasi 35 saat telah dimuatnaik menerusi Instagram senangterhibur memaparkan persembahan beliau menyanyikan lagu terbarunya di dalam program tersebut.

Menjengah ke ruangan komen kebanyakkan respon yang diberikan oleh netizen sangat negatif terhadap persembahan Tya tersebut.

Tidak mudah menjadi menantu kepada penyanyi terkenal tanah air. Sudah pasti nama Tokti akan dikaitkan sama dalam persembahan nyanyian Tya Arifin.

Buat yang tidak mengenali Tya sudah pasti tidak mengetahui mengenai latar belakang beliau sebagai seorang pelakon dan penyanyi di negara kelahirannya.

Disebabkan itu netizen memberikan komen melulu tanpa usul periksa.  Berikut dikongsikan lagi beberapa komen netizen terhadap persembahan Tya Arifin.

“Yg komen ramai2 ni mesti tak pernah dengar tyaa menyanyi sblm ni.. Suara dia sedap kot.. Pernah berduet dgn ctdk.. Kebetulan lagu terbaru ni kurang sedap” – Netizen

“Aku x fhm ape yg best nye.. suara datar je dr awal ke akhir.. better tya ni tak payah la nyanyi. fokus je lah kat produk tu. bukan best pun lagu ni” – Netizen

“Better x yah nyanyilah..malu ctdk tgk menantu nyanyi mcm ni” – Netizen

“Belajar Dengab Vokal Coach Lagi Tiaraa. U Ada Pakej. Suara Best. Belajar Caraa Nak Miming Juga Bagaimanaa” – Netizen

Jangan putus asa Tya. Masih jauh lagi perjalanan Tya dalam industri seni di Malaysia. Bak kata orang alah bisa tegal biasa. Ambil ilmu daripada Tokti mana tahu lepas ini Tya akan dapat bernyanyi dengan lebih baik.

Sumber: Instagram senangterhibur

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*