“Korang jgn berani caras Zain, tgk wife dia lakonan pun dah seram” – Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta oleh para peminat. Pelakon yang sudah meniti usia 50an ini masih lagi jelita seperti tidak dimamah usia walaupun usianya sudah menjangkau separuh abad. Isteri kepada pelakon Zain Saidin ini masih laris menerima pelbagai tawaran berlakon dan terbaru beliau mencipta sejarah apabila masih menerima tawaran menjadi duta produk kecantikan.

Che Ta mengungkapkan rasa syukur beliau kerana masih diberi peluang dan kepercayaan oleh syarikat kecantikan tersebut untuk mewakili jenama mereka walaupun sedar mempunyai ramai pesaing di kalangan bakat muda dan pelapis baru dalam dunia hiburan.

Che Ta baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan beliau yang ke 7 pada bulan Disember yang lalu amat bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang cukup memahami kesibukan beliau sebagai seorang pelakon dan juga usahawan. Zain Saidin yang juga merupakan pelakon kini kian sibuk dengan perniagaan beliau.

Kisah kehidupan rumahtangga artis sentiasa menjadi perhatian umum kerana mereka dikenali ramai. Tular hari ini di media sosial kisah mengenai seorang penyampai radio yang di dakwa cuurang oleh isterinya.

Rumahtangga penyampai radio tersebut sebelum ini pernah goyah apabila berita mengenai hubungannya dengan seorang wanita pernah tersebar. Penyampai radio itu menafikan mempunyai skandal dengan wanita yang dimaksudkan dan hubungan rumahtangga beliau bersama isteri kembali pulih seperti biasa.

Namun begitu hari ini kecoh sekali lagi apabila isteri penyampai radio tersebut memuatnaik beberapa rakaman video pergi ke rumah wanita yang di katakan mempunyai skandal dengan suaminya untuk meminta penyampai radio itu pulang kerumah.

Warga maya berasa kesal dengan perkara yang terjadi kerana tidak menyangka penyampai radio berkenaan masih mempunyai hubungan dengan skandal beliau. Luahan hati oleh isteri penyampai radio itu telah mendapat perhatian para netizen dan penyampai radio tersebut turut menerima kecaman hebat oleh para netizen.

Menerusi Instagram Che Ta telah memuatnaik sedutan rakaman drama lakonannya bersama Catriona Ross di mana beliau perlu melakonkan aksi pergduhan kerana cemburu dengan perniagaan makanan yang usahakan oleh satu sama lain.

Membuka gerai berniaga kuih muih bersebelahan menyebabkan kedua-dua mereka saling berbalas sindiran dan Catriona juga mengakui membuat perbuatan khianat dengan meletakan lipas di dalam karipap pusing jualan Che Ta. Pengakuan oleh Catriona itu membuatkan Che Ta naik angin dan terus melumur kuih jualan Catriona dan melemparkan tepung ke kemukanya.

Melihatkan kelakuan Che Ta apabila naik angin di dalam lakonan agak menakutkan membuatkan seorang netizen mngalkan komen agar tidak menganggu Zain jika tidak mahu menaikan kemarahan Che Ta yang sebenar. Jika di dalam lakonan Che Ta marah sudah kelihatan menyeramkan apatah lagi jika berlaku dalam keadaan sebenar.

Che Ta juga turut menulis caption di Instagram beliau dalam nada berseloroh memberikan amaran supaya tidak mencari pasal dengan beliau. Beliau merupakan seorang yang garang dan apa yang dilakonkan itu hanyalah sedikit sahaja daripada tindakan yang beliau boleh lakukan jika hendak di banding dengan keadaan sebenar.

Jika begini amaran Che Ta, rasanya tiada siapa yang berani cari pasal dengan beliau. Untuk rekod perkahwinan dengan Zain merupakan perkahwinan kedua beliau.

Pastinya Che Ta sudah cukup masak dengan asam garam dalam alam rumahtangga dan tahu bagaimana untuk bertolak ansur dalam menjaga perhubungan beliau bersama suami agar rumahtangga harmoni sentiasa.

Sumber: ig rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*