Kongsi Gambar Bersama Aazief Khalid, Instafamous Sharifah Rose Dilabel Perampas? Ini Penjelasan Beliau

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kisah percintaan anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan bekas kekaasihnya, Tyra Kamaruzzaman yang dikatakan sudah temui nokhtah. Hubungan percintaan Aazief bersama bintang instafamous Tyra telah berakhir dua bulan lalu. Bagaimanapun, remaja berkenaan sekali lagi menjadi perhatian apabila gambar bersama bintang instafamous Sharifah Rose mulai tersebar.

Difahamkan, foto tersebut telah dimuat Sharifah dan ada pengguna media sosial yang kembali kongsi foto tersebut di Twitter.

Lalu, perkongsian tersebut telah menimbulkan perbualan trending di kalangan netizen di laman media sosial tersebut.

Rata-rata netizen memberi reaksi terhadap Sharifah malah ada juga yang labelkan tuduhan perampas kepada bintang instafamous berkenaan.

Terkini, menerusi Twitter Sharifah Rose telah memberikan penjelasan mengenai foto tersebut.

Apapun, barangkali Aazief dan Sharifah sekadar berkawan rapat, apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

Sebelum itu, Anak tiri penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid mengakui sudah berpisah dengan pengasas dan pemilik jenama kosmetik BeuTYRA, Tyra Kamaruzzaman sejak sebulan lalu.

Menerusi laman Twitter miliknya, Aazief menekankan perpisahan terjadi bukan disebabkan k3s kecuurangan seperti yang didakwa.

Walaupun sudah tidak bersama, Aazief mendedahkan hubungan bersama Tyra dalam keadaan baik malah mereka masih berjumpa dan bekerja bersama-sama.

Tambah Aazief dia tidak mampu untuk mempunyai perasaan benci terhadap Tyra memandangkan mereka mempunyai kenangan manis bersama selama beberapa tahun.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di laman sosial Aazief dan Tyra, kebanyakan foto mereka berdua sudah dipadamkan.

Terdahulu, kecoh di laman Twitter apabila Tyra didakwa telah berlaku crang bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Amin Daniel.

Walau bagaimanapun, Tyra tampil menjelaskan situasi sebenar dengan mengakui dia mengenali Amin namun tidak berhubung selepas bersama dengan Aazief.

Sumber: Twitter Najwa, Instagram Sharifah Rose via celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*