Kongsi foto kek dgn perkataan k3sat, netizen tegur Ameera Khan cmpur kata2 k3sat dgn rezeki

Sejak akhir-akhir ini satu demi satu foto yang dikongsikan oleh Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Instagram beliau Little Miss Khan agak mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Bermula dengan ahli keluarganya yang telah mencetuskan kontroversi besar dalam dunia siber apabila adik beradiknya memuatnaik status di instagram story bahawa mereka tidak merestui hubungan Neelofa dan PU Rizz sehingga ada netizen membuat spekulasi dan mendakwa pasngan tersebut sudah menikah.

Seterusnya tersebar video tular dimana ibu mereka pula iaitu Datin Noor Kartini mahu mempatenkan nama daging harimau menangis di bungkusan produk dan tidak mahu orang lain menggunakan nama sama dengannya.

Dalam video yang tular itu Datin Noor Kartini telah meminta penjual lain menggunakan nama lain seperti nama daging harimau kentut dan sebagainya sehingga mencetus kemarahan orang ramai.

Isu yang membabitkan Datin Noor Kartini sebelum ini mengenai daging harimau menangis akhirnya berakhir apabila Datin Noor Kartini membuat keputusan untuk membatalkan hasrat untuk mempatenkan hak ekslusif keatas nama harimau daging menangis keatas bungkusan produk beliau itu.

Penjelasan panjang lebar telah diberikan oleh Datin Noor Kartini dan setelah mengambil kira dari pelbagai sudut Datin Noor Kartini mengambil keputusan untuk membatalkan proses untuk mempatenkan nama dan cap dagangan itu bagi mengelak masalah berpanjangan.

Tular pula beberapa hari lalu Ameera berkongsi posting di instagram story beliau beberapa barangan kosmetik yang digunakan untuk menjaga tubuh. Apa yang menarik adalah krim yang digunakan untuk bahagian punggung sahaja telah pun berharga seribu lebih sehingga menjadi buah mulut para netizen.

Tidak serik memprovokasi para netizen, menerusi Instagram littlemisskhan, Ameera di dapati telah memuatnaik pula 2 keping gambar terkini sebiji kek dengan kata-kata kes4t.

Menurut Ameera, kek tersebut mewakili dirinya sekiranya beliau adalah sebiji kek.  Gambar kedua pula menunjukkan kek berkenaan telah dipotong dan Ameera berkongsi pula sekeping kad yang tertulis ucapan yang tidak wajar buat seseorang gadis.

Tindakan Ameera itu bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang sekali lagi kepada para netizen kerana perkataan yang tertulis itu membawa maksud yang tidak elok dan ditulis pula atas sebiji kek yang merupakan makanan dan rezeki.

Jika dilihat kepada amalan yang ditunjukkan menerusi gambar berkenaan, dalam budaya barat amalan menulis perkataan tidak elok sudah menjadi kebiasaan buat mereka di sana.

Atas faktor itulah tindakan Ameera Khan meniru budaya barat dan menulis perkataan tidak elok di atas kek sukar diterima oleh masyarakat kita di Malaysia yang mengamalkan budaya melayu dan ajaran islam. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen di bahagian komen gambar berkenaan.

“Dude/sis, orang cakap camtu so hadam je la. Memang betul Ada ke makanan nak kena tulis bitch or seumpa dengannya?” – Netizen

“Do you know what b1tch mean in english cambridge dictionary???” – Netizen

“Who would eat a food with ‘b1tch’ on it” – Netizen

“Dulu org x nak jadi b1tch skrg org suka jadi bitch jalang” – Netizen

“i thought a proper word for female is LADY, WOMEN, GIRL, MISS or MADAM. It turn out to be B1TCH. Well i guess we are at the end of the world. Harap2 kita semua dpat istiqomah ke jalan yg lagi baik.” – Netizen

Sebagai seorang melayu dan juga mengamalkan ajaran islam, agak sukar masyarakat untuk menerima sesuatu yang di amalkan oleh budaya barat.

Disebabkan Ameera Khan merupakan seorang public figure, gerak-geri Ameera sentiasa menjadi perhatian. Oleh itu mungkin Ameera perlu lebih berhati-hati dalam membuat penilaian secara menyuruh sebelum memuatnaik apa saja gambar di media sosial.

Sumber: ig littlemisskhan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*