“Knp muka lain sgt sekarang” – Netizen

Semua perempuan di dalam dunia ini lumrahnya pasti suka kan kecantikan. Tidak kiralah jika ianya merupakan kecantikan diri, barangan tersayang mahupun orang sekeliling. Lebih-lebih lagi apabila sudah bergelar artis, kecantikan dan penampilan diri yang kemas pasti menjadi keutamaan sehingga ada yang berbelanja hingga puluhan ribu sebulan. Ini bagi meningkatkan lagi keyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai dan juga kamera.

Pasti ramai lagi yang masih ingat dengan pelakon cantik Nur Fathia binti Abdul Latiff yang pernah menjadi idola ramai ketika dahulu. Terkenal dengan bakat besarnya sebagai seorang pelakon dan model, Fatiya dahulunya juga pernah menceburi bidang nyanyian dengan lagu bertajuk Tak Pernah hasil duet bersama Shukri Yahya.

Dia mula menempa nama lebih besar setelah menjadi her0in dalam siri drama TV3 bertajuk Ariana Rose yang ketika itu digandingkan bersama Keith Foo sebagai hero. Jalan cerita yang menarik ditambah dengan bakat Fatiya yang sememangnya cukup hebat, ramai yang sentiasa menantikan kemunculan Fatiya di layar televisyen masing-masing.

Mula mendiamkan diri dalam industri hiburan sejak mula berhijab pada tahun 2020 yang lalu, Fatiya dilihat lebih sibuk menguruskan perniagaan peribadi miliknya dan tidak lagi fokus dalam bidang lakonan mahupun nyanyian. Penampilan terbaru dirinya yang telah dimuatnaik ke laman Instagramnya juga telah mengejutkan ramai pihak termasuklah para peminat sendiri.

Foto yang dimuatnaik itu memperlihatkan wajahnya yang mempunyai banyak perubahan sehingga ramai yang menegur perkara itu. Tidak sangka akan perubahan tersebut, ternyata ramai yang tidak sedar bahawa foto yang dimuatnaik oleh Fatiya itu menggunakan ‘makeup filter’ yang jelas telah dinyatakan oleh Fatiya di ruangan kapsyen foto tersebut.

Fatiya mengatakan bahawa dia terpaksa menggunakan ‘makeup filter’ tersebut disebabkan solekan yang sedia ada pada wajahnya agak comot dan tidak kemas dan menjadikan perkara itu sebagai penyelesaian akhir bagi perkara tersebut.

Para peminat juga turut meluahkan rasa rindu dengan wajah Fatiya yang dahulu ketika dia baru mula menceburkan diri dalam bidang hiburan.

Mereka juga mengatakan bahawa penampilan Fatiya yang sederhana dahulu lebih cantik jika dibandingkan dengan sekarang.

Ramai yang menyalahanggap bahawa Fatiya telah melakukan beberapa perubahan dan perawatan pada wajah sehingga telah berubah rupa.

Walaupun kontroversi yang melanda dirinya silih berganti, Fatiya dilihat tidak pernah melenting dan hanya fokus terhadap dirinya sahaja tanpa memberi sebarang komen mengenainya.

Sumber: Instagram Fatiya Latiff

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!