“Knp kalau bab2 macam m0nyet kera semua pass kat aku”- Syatilla Melvin

Air yang dicincang tidak akan putus- Peribahasa ini sering kali kedengaran dan tidak asing lagi bagi kita semua. Berpisah dan bergduh macam mana sekali pun, hubungan adik beradik pasti akan berbaik juga akhirnya. Selain ibu bapa yang kita paling rapat, adik-beradik yang ada pertalian drah pun antara ahli keluarga yang sangat disayangi. Setiap kali mengalami masalah, sudah tentu ibu bapa dan adik beradik kita antara yang akan menghulurkan bantuan.

Begitu juga buat pelakon Syatilla Melvin yang mempunyai hubungan akrab dengan adik-beradiknya. Lebih bagus lagi apabila Syatilla dan adik beradiknya membangunkan perniagaan kosmetik bersama. Perit getir mereka sudah lalui bersama dalam membangunkan perniagaan kosmetik iaitu Kekaasih.

Gabungan Syatilla dan adik beradiknya dalam perniagaan kosmetik telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan. Mereka juga tidak pernah kekok berkongsi video lucu khas buat pelanggan dan peminat-peminatnya.

Ada sahaja gelagat lucu dari Syatilla dan adik beradiknya. Terutama sekali Syatilla yang ramai sudah tahu dirinya sentiasa menghiburkan peminat-peminatnya. Jarang sekali Syatilla mengecewakan peminatnya.

Terbaru, video Syatilla bersama adik beradiknya telah dikongsi menerusi posting di laman Instagram. Video tersebut menunjukkan mimik muka Syatilla menyerupai bunyi haiwan m0nyet yang ditiru olehnya menghiburkan netizen. Betul-betul ‘on point’ bak kata netizen.

Kapsyen Syatilla juga mencuri perhatian netizen selepas membacanya. Rata-rata netizen memberi komen menyatakan perasaan terhibur dengan kelakuan Syatilla menerusi video tersebut.

Video Syatilla yang juga mempromosikan produk jenamanya sendiri itu telag ditonton sehingga 423,000 tontonan dan 43,000 tanda suka.

“Syaatilla memang menjiwai watak m0nyet betul hahaha, suka dok tengok hampa semua, lawak weh”- Netizen

Sporting betul tengok Syatilla dengan adik beradik dia. Memang semua jenis suka melawak, kan best adik beradik masuk air macam ni hehehe..

Sumber: Instagram samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!