“Kesian tengok wajah anak2 masih tr4uma” – Netizen

Syukur kehadrat Ilahi kerana Dato Vida akhirnya telah memenangi tuntutan hak penjagaan kedua-dua orang anaknya daripada bekas suami. Mahkamah sebutan k3s di Kota Bharu memutuskan Dato Vida menjadi penjaga yang layak kepada kedua-dua anaknya. Menjadi tanda tanya ialah mengapa baru sekarang bekas suami Dato Vida itu membuat tuntutan berkenaan setelah sekian lama kedua-dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak tinggal bersama beliau.

Tular sebelum ini bahawa bekas suaminya itu mendakwa Dato Vida menghalang untuk bertemu anak-anak. Walaubagaimanapun Dato Vida menegaskan bahawa dalam isu berkenaan kedua-dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak sendiri yang tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka.

Dato Vida tidak mahu memaksa anak-anak melakukan sesuatu perkara yang mereka berdua tidak suka dan tidak wajar untuk menuduh Dato Vida yang menghalang anak-anak sedangkan anak-anak sudah meningkat remaja dan mampu untuk membuat pilihan mereka sendiri.

Walaubagaimanapun bekas suami Dato Vida berkata tidak akan berhenti disitu, beliau akan membuka kembali k3s tuntutan harta sepencarian dan juga k3s peninggalan anak-anak yang telah mngal dunia dalam kebakaran sebelum ini.

Menurut bekas suami Dato Vida lagi, beliau tidak sempat melihat kedua-dua anaknya itu semasa men1nggal dunia dan tidak tahu apa yang berlaku disebalik kematian anaknya itu.

Ketika wartawan menemuramah Dato Vida mengapa anak-anak membuat keputusan untuk tinggal bersama beliau, Dato Vida meminta agar anaknya memberitahu sendiri kepada wartawan. Cik B menjelaskan bahawa beliau tidak pernah dipaksa oleh ibunya untuk berbuat demikian.

Ketika diajukan pertanyaan kepada Kacak pula, Kacak seakan masih traauma dengan apa yang berlaku keatas beliau dan hanya menyatakan bahawa beliau masih tidak dapat melupakan apa yang telah bapanya lakukan sebelum ini.

Kacak juga berkata bapanya itu telah melakukan bermacam-macam kepadanya sehingga membuatkan beliau membuat keputusan untuk tinggal bersama ibunya.

Dato Vida turut meminta para media tidak lagi menuduh anak-anaknya sebagai anak derhaka kerana tidak mahu berjumpa bapa mereka. Cik B juga menjelaskan bahawa ibunya tidak pernah menghalang untuk berjumpa bapa dan dirinya sendiri akan berhubung dengan bapa dengan kerelaan hati apabila sudah bersedia.

Rata-rata netizen juga menyokong keputusan hak penjagaan untuk diberikan kepada Dato Vida dan merasakan bekas suaminya agak keterlaluan dalam membuat tuntutan. Melihat raut wajah Kacak dan Cik B mereka berdua ternyata masih trauma dengan apa yang berlaku.

Dato Vida bersyukur dengan keputusan yang berpihak kepadanya itu kerana tidak mahu mengganggu emosi kedua orang anaknya itu. Berikut dikongsikan beberapa pandangan netizen terhadap k3s tersebut.

Besar dugaan buat seorang yang bergelar ibu tunggal seperti Dato Vida. Kami semua mendoakan semoga segala urusan Dato Vida untuk melalui proses k3s tuntutan seterusnya dipermudah.

Begitu besar dugaan yang terpaksa beliau lalui dalam kehidupannya. Cik B juga sedang dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar mudah-mudahan emosi dan persembahan beliau tidak terjejas dengan masalah sebegini.

Sumber: Instagram hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*