“Kesian si kecik tu confuse tgk buku gmbr lain yg lukis lain” – Netizen

Ketika perintah kawalan pergerakan kali ini diumumkan kerajaan, ramai yang sudah dapat mengagak dan mempersiapkan diri demi menghadapi situasi berkenaan. Buat pasangan yang baru menimang cahaya mata PKP kali ini dapat memberikan mereka lebih masa untuk memberikan perhatian terhadap ahli keluarga baru itu. Begitu juga yang dilalui oleh pasangan pelakon Sariyanti dan juga pelawak terkenal iaitu Jep Sepahtu baru-baru ini telahpun menimang cahayamata ketiga mereka setelah beberapa hari umat islam di negara ini menyambut ketibaan bulan syawal.

Sariyanti masih lagi dalam tempoh berpantang setelah melahirkan anak ketiganya bersama Jep baru-baru ini. Namun pasangan tersebut masih belum berkongsi nama mahupun wajah anak ketiga mereka itu kepada umum.

Jep memuatnaik pengumuman mengenai cahaya mata terbaru itu menerusi instagram beliau bersama sekeping gambar yang memaparkan isterinya sedang mendukung bayi mereka di sebuah hspital.

Kehadiran bayi lelaki berkenaan telah melengkapkan lagi keluarga mereka yang kini mempunyai 3 orang anak. Anak sulung pasangan tersebut Dariya Inara ini berusia 3 tahun dan anak lelaki kedua mereka Khaidir pula bakal menginjak usia setahun pada Jun hadapan.

Terkini Sariyanti menerusi instagram telah berkongsi sebuah video aktiviti mereka sekeluarga di rumah. Melihat anak-anak yang sedang melukis, Jep juga turut serta dan mula meminta anak-anak meneka lukisan yang dilukis oleh beliau.

Sesi teka meneka semakin rancak apabila pelawak berkenaan melukis beberapa jenis haiwan yang kelihatan agak mengelirukan daripada rupa asal mereka.

Sariyanti yang berada bersama ketika itu turut ketawa kerana terhibur dengan gelagat suami serta anak-anak.

Rata-rata para pengikut instagram Sariyanti berkata mereka juga turut sama meneka beberapa jenis haiwan yang dilukis oleh Jep bagaimanapun tekaan mereka jauh tersasar apabila Jep memberikan jawapan sebenar haiwan yang dilukis oleh beliau.

Netizen juga turut sama merasa terhibur apabila menonton video tersebut kerana berasa seperti turut sama mengambil bahagian membuat tekaan bersama anak-anak pasangan itu dalam aktviti keluarga mereka. Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan netizen.

Sebagai rekod Sariyanti sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil pernikahan beliau bersama seorang usahawan.

Kedua-dua anak lelakinya itu juga sangat rapat dengan adik beradik baru mereka dan sering menghabiskan masa bersama. Terasa kemeriahan apabila mereka berdua berkumpul membuat aktiviti bersama adik beradik mereka yang lain.

Sumber : Instagram Sariyanti

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!