“Kesian Jebat, muka dia sedih tgk daddy dia”- Netizen

Hubungan rapat pelakon Sharnaaz dan satu-satunya anak beliau iaitu Jebat Jayden antara yang menjadi perhatian warga netizen di laman sosial media. Selain Sharnaaz yang popular, Jebat Jayden pun popular setanding ibu dan bapanya. Apabila Jebat kian membesar, banyak gelagatnya yang cukup mencuit hati ramai netizen. Malah Jebat dikenali ramai netizen dengan percakapannya yang fasih berbahasa melayu walaupun umurnya masih kecil lagi.

Tidak dinafikan, kehadiran Jebat menceriakan lagi kehidupan Sharnaaz dan Noor Nabila. Telatah si cilik ini memang menghiburkan lebih-lebih lagi apabila mempunyai bapa yang sporting macam Sharnaaz.

Ke mana sahaja Sharnaaz pergi, pasti Jebat Jayden dibawa bersama. Bagi Sharnaaz, Jebat Jayden adalah keutamaan buatnya dan menumpukan sepenuh perhatian buat Jebat.

Namun baru-baru ini, Sharnaaz baru sahaja dibebaskan pada hari ini dengan jaminan p0lis atas bantuan siasatan p0lis berhubung salah satu k3s.

Setelah Sharnaaz dibebaskan, salah satu video Sharnaaz memeluk Jebat Jayden telah menyentuh emosi warga netizen selepas video tersebut dikongsi oleh Sharnaaz sendiri.

Kelihatan Sharnaaz cukup merindui anaknya setelah beberapa hari tidak berjumpa. Bila Sharnaaz dan Jebat berusa muka, masing-masing berpeluukan. Kasih seorang bapa sememangnya besar buat anak.

Sementara itu, video Sharnaaz yang baru sahaja dikongsi itu telah menerima 835,000 tontonan dan mencecah 1500 komen daripada kenalan artis serta warga netizen.

Rata-rata netizen memberi kata-kata positif buat Sharnaaz dan mereka percaya bahawa Sharnaaz tidak melakukan kesalahan berat seperti yang didakwa oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.

Selain Elizad, Fizo Omar, Shuib Sepahtu dan Beto Kusyairy juga memberi komen positif buat Sharnaaz.

Semoga yang baik-baik buat Sharnaaz. Berani kerana benar. Pilu hati tengok muka Jenat rindu baba dia..

Sumber: Instagram sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!