Kesan Merah Di Kepala Aliff Jadi Tanda Tanya, Tak Sangka Ini Rupanya Yang Berlaku

KUALA LUMPUR: Kehadiran Aliff Aziz, ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi k3s percer4iannya, hari ini, menjadi perhatian netizen apabila penyanyi dan pelakon itu tampil dengan imej botak bersama kesan luk4 di kepala. Tampil berkemeja dan berseluar hitam, rakaman video artis sensasi terbabit berpelvkan dengan bekas mentuanya selepas prosiding laafaz cer4i tular di media sosial.

Dalam video berkenaan berserta fotonya di sekitar mahkamah terbabit, jelas kelihatan kesan kemerahan-merahan pada kepala penyanyi berusia 28 tahun itu.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengenai kesan seperti pukvlan pada kepalanya, namun tiada kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan daripada selebriti kelahiran Singapura itu.

Ketika masing-masing mengutarakan pendapat sendiri, ada sumber memaklumkan, Aliff sebenarnya sedang menjalani rawatan rambut.

Justeru, ada yang mempersoalkan, saat dirinya berdepan kontroversi cur4ng, lelaki itu masih sempat meluangkan masa untuk memperbaiki imej atau penampilan diri.

Sementara itu, pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu sah bercer4i dengan bekas isteri, Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 25, petang tadi.

Terdahulu, selain dikaitkan dengan pelakon baharu, Oktovia Manrose, dan seorang gadis s33ksi bertindik, Aliff juga terpalit kontr0versi pada Julai 2017 bersama adik Anzalna Nasir, Afifah.

Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan bekas suaminya itu hingga tercetus kejadian terbaru, sekitar Februari lalu.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang putera, Ayden, yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, “Mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya” – Aliff Aziz menangis, Bella nampak kuat!

Menurut Aliff, 28, bekas isterinya itu meminta dia memperbaiki diri dan menjadikan apa yang berlaku sebagai petunjuk daripada Allah SWT.

“Sejujurnya saya hilang kata-kata dan sebagai manusia biasa saya anggap ini petunjuk daripada Allah untuk saya perbaiki diri.

“Saya tak mahu komen lebih-lebih, sekarang ini saya cuma nak perbaiki diri… itu nasihat terakhir Bella dan selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Bella memberikan nasihat untuk Aliff.

“Saya minta maaf kepada Bella dan keluarga, apa yang jadi tadi saya masih tak dapat nak hadam lagi,” katanya kepada sekumpulan wartawan yang membuat liputan percerraiannya.

Sebelum itu, penyanyi lagu Sayang Sayang ini mencerraikan Bella Astillah atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, dengan talak satu.

Laafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid kira-kira pkul 3.45 petang.

Dalam pada itu, Aliff berkata Bella banyak berkrban untuknya dan dia mengagumi kesabaran yang dimiliki wanita tersebut.

Sekarang ini nak fokus perbaiki diri, benda pun dah jadi. Saya anggap ini teguran keras daripada Allah dan minta semua mendoakan yang terbaik untuk kami. -ALIFF AZIZ / PENYANYI

“Bella terlalu banyak berkrban dari hari pertama kami kenal, dia jaga pakai, makan, kerja dan lahirkan anak.

“Sejujurnya saya masih sayangkan dia tapi biarlah Allah berikan ganjaran padanya. Tiada orang yang mampu sabar seperti Bella dan mungkin Allah nak tunjukkan pada saya,” ujarnya yang benar-benar sebak dengan situasi di mahkamah itu.

Ditanya mengenai kontroversi membabitkan dia dengan gadis berusia 16 tahun dikenali sebagai Nismell dan seorang ibu tunggal, Meri Meifina, aktor berasal Singapura ini enggan mengulas lanjut.

Bella diberi tanggungjawab menjaga anak mereka.

Ujarnya, dia kini hanya memikirkan mengenai hari-hari mendatang dan mahu fokus memperbaiki kesilapan diri.

“Saya tak nak komen isu lain dan cuma mahu hadap hari esok yang bakal saya hadapi.

Sekarang ini nak fokus perbaiki diri, benda pun dah jadi. Saya anggap ini teguran keras daripada Allah dan minta semua mendoakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

Dalam pada itu Bella berkata, setiap orang yang berkahwin sudah semestinya mahu mempertahankan rumah tangga masing-masing.

Malah dia sendiri sudah bersuaha untuk mempertahankannya walaupun pelbagai ujian dilalui dalam rumah tangganya itu namun kecurangan Aliff yang sering dilakukan membuatkan dia nekad untuk memohon berpisah.

Tinggal kenangan

“Sekali atau dua, memang orang buat silap tapi (jika) dah lebih… itu adalah pilihan (kehendak diri). Bella rasa perpisahan ini adalah jalan terbaik,” katanya yang kelihatan kuat menempuh ujian berkenaan.

Walaupun masih ada perasaan sayang terhadap Aliff, ujar Bella, dia memerluukan ruang untuk bermuhasabah diri dan berharap bekas suaminya itu juga berbuat demikian.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohd Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Pada Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan kecurangan kali ketiga Aliff Aziz apabila foto tidak memakai baju bersama seorang gadis bernama Nismell tersebar di laman sosial.

Kemudian muncul pula beberapa keping foto penyanyi itu berc1um dengan seorang janda di kelab malam turut tersebar pada pagi Khamis.

Perkara itu membuatkan isterinya Bella Astillah mengambil keputusan tegas mempertimbangkan untuk hidup bersama anaknya tanpa Aliff.

Sumber : Berita Harian via catatan terakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*