Kerap tinggal komen di ig isteri utk memujuk, netizen doakan Shuk diberi peluang kedua.

Tular sebelum ini mengenai dakwaan isteri kepada Shuk yang merupakan pelawak dan penyampai radio iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau mesra di panggil Sera bahawa suaminya itu berlaku cvrang dibelakangnya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. Pendedahan berkenaan dibuat oleh Sera kerana kecewa dengan sikap Shuk yang masih tidak berubah walaupun beliau telah memberikan peluang sebelum ini.

Luahan hati oleh isteri penyampai radio itu telah mendapat perhatian para netizen. Instagram Shuk yang mengendalikan slot pagi di stesen radio Hotfm telah disrang oleh warga maya. Turut menerima tempias apabila media sosial saluran radio Hot FM turut di srang oleh netizen yang meminta agar mereka mengambil tindakan tegas terhadap penyampai radio tersebut.

Perkara berkenaan telah di ambil maklum oleh pihak Hotfm sehingga menyebabkan Shuk telah di kenakan tindakan tegas oleh majikannya. Shuk telahpun di gantung tugas sebagai penyampai radio di Hotfm berkuatkuasa sejak bulan lalu.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, baru-baru ini Shuk juga telah memuatnaik sebuah video di Instagram beliau menunjukkan dirinya pergi berjumpa anak-anak untuk melepaskan rindu. Menerusi ruangan caption di Instagram beliau, Shuk telah tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan yang beliau lakukan.

Sebagai seorang manusia, Shuk berkata dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Shuk menyedari kesilapan yang beliau lakukan amat besar dan bukan senang untuk menjernihkan kembali keadaan namun dan beliau meluahkan berhasrat untuk kembali kepada keluarga dan anak-anaknya.

Ekoran luahan dan kenyataan yang telah di buat oleh Shuk di Instagram beliau sebelum ini yang menegaskan mahu kembali kepada keluarga, Shuk kini sering kali dilihat mngalkan komen di ruangan Instagram isterinya Rossa Sera dipercayai untuk memujuk.

Untuk rekod Shuk dan Sera mempunyai 2 orang anak hasil pernikahan mereka berdua sejak 2015. Usia perkahwinan sudahpun mencecah 5 tahun pastinya banyak yang perlu difikirkan demi kebaikan anak-anak mereka.

Menerusi muatnaik terkini di instagram Sera berkongsikan sebuah video mengenai pelancaran produk terbaru beliau dan Shuk telah mngalkan komen mendoakan agar urusan isterinya itu dipermudah.

Melihat kesungguhan Shuk, ramai yang mendoakan agar hubungan pas4ngan suami isteri ini kembali berbaik memandangkan mereka berdua masih bergelar suami isteri.

Mudah-mudahan Sera juga dilembutkan hati untuk menerima Shuk kembali dan memberikan Shuk peluang sekali lagi. Sekiranya perkara tersebut berlaku mudah-mudahan Shuk juga benar-benar berubah dan lebih menghargai isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan sokongan moral dan nasihat kepada Shuk supaya lebih menghargai keluarga dan mengambil iktibar apa yang telah berlaku. Tidak ketinggalan menerusi instagram story Sera juga berkongsi doa daripada netizen yang mahu keluarga mereka bersatu semula.

Sesiapa yang tidak berada di tempat Sera pasti tidak memahami apa yang sedang di rasai oleh beliau. Bukan mudah untuk menerima kembali seseorang yang telah menghncurkan kepercayaan seorang isteri. Netizen turut mendoakan Sera agar berfikir secara matang demi kebaikan anak-anak.

Semoga Shuk dan keluarganya dapat menyelesaikan masalah rumahtangga mereka dengan baik. Sebagai orang luar kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan mendoakan sahaja agar mereka dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk keluarga mereka.

Sumber:  ig rossa.sera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*