“Keputusan sy, sy xkan lagi berkeras jadikan DSV sbg isteri”- Ahmad Iqbal

Tular setiap hari berita mengenai Dato Vida yang akan mendirikan rumahtangga bersama bekas PA nya iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli di media sosial. Desas desus mengenai perhubungan antara Dato Vida dan bekas PA nya itu timbul setelah Datuk Aliff Syukri bertindak memuatnaik video klip pendek perbualan antara beliau dan Dato Vida mendedahkan perkara berkenaan. Walaubagaimanapun berlainan pula dengan penerimaan anak kepada Dato Vida sendiri yang tidak memberikan respon baik terhadap berita pernikahan ibunya itu.

Menerusi satu temubual yang dilakukan oleh pihak Melodi, Cik B secara terang- terangan berkata beliau tidak merestui pernikahan berkenaan malahan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Ahmad Iqbal sebelum ini. Cik B juga berkata dirinya tidak menyokong pernikahan berkenaan demi kebaikan ibunya juga.

Sebagai rekod, sebelum ini Dato Vida pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali. Perkahwinan pertamanya dengan bapa kepada Cik B dan Kacak iaitu Mohd. Amin Yassin. Mereka bernikah pada tahun 2000 dan bercrai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, Dato Vida dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Namun begitu, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree mngal dunia dalam satu kebakaran di rumah Dato Vida di Ipoh pada tahun 2013. Kali terakhir Dato Vida mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun kemudiannya bercrai pada 7 April 2017.

Walaupun sebelum ini Dato Vida pernah berkata bahawa beliau akan memilih bakal suami yang setaraf mempunyai kestabilan ekonomi dan sebaya dengannya namun tindakan Dato Vida yang juga sudah melakukan pemeriksaan kesuburan demi memastikan bahawa beliau masih boleh melahirkan zuriat secara tidak langsung telah mengesahkan hubungan beliau dan bekas PA nya itu dan bakal bernikah bulan Disember ini.

Terkini menerusi Instagram story Ahmad Iqbal, bekas PA Dato Vida itu akhirnya meluahkan rasa hatinya yang seolah- olah sudahpun berputus asa dengan perancangan mendirikan rumahtangga bersama Dato Vida.

Status yang dikongsikan beberapa jam yang lalu itu antara lain memohon maaf di atas kisah perancangan perkahwinan beliau dan Dato Vida yang berlanjutan di media sosial selama ini.

Beliau berkata dirinya juga perlu menghormati perasaan anak- anak kepada Dato Vida iaitu Cik B dan Kacak yang tidak bersetuju dengan perancangan pernikahan tersebut.

Malahan beliau juga harus menjaga maruah dirinya sendiri yang bertahun – tahun memperjuangkan untuk bernikah bersama Dato Vida. Di sebabkan itulah Iqbal membuat keputusan untuk tidak lagi berkeras untuk menjadikan Dato Vida sebagai isterinya.

Tambah Iqbal lagi, apa yang telah berlaku itu bukanlah promosi perniagaan semata- mata walaupun Dato Vida ada menyelitkan promosi produk di Instagram beliau. Perancangan mereka untuk berkahwin bukan strategi memasarkan produk mereka.

Menurut Iqbal sepanjang tujuh tahun berkenalan dengan Dato Vida, dirinya tidak pernah menerima apa- apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja.

Walaubagaimanapun beliau tidak menafikan Dato Vida ada melaburkan wang untuk urusan perniagaan namun Iqbal telah menggantikan kembali dengan menlakukan jualan sebanyak 10 kali ganda.

Iqbal berkata sekiranya perkahwinan itu di teruskan, dirinya juga selamanya akan di anggap sebagai menumpang harta Dato Vida meskipun beliau yang sering menaikkan perniagaan Dato Vida di saat jualan kerap kali jatuh.

Walaupun tidak suka untuk membangkitkan perkara tersebut namun beliau terpaksa kerana tiada seorangpun yang berkata hal sebenar bagaimana beliau telah berjuang untuk lakukan segalanya.

Meskipun menyatakan keputusan tersebut namun Iqbal berkata dirinya akan tetap menyayangi Dato Vida seperti biasa dan redha sekiranya mereka tidak berjodohan.

Beliau berkata dirinya sudah banyak berkorban demi memperjuangkan hubungan beliau dan Dato Vida namun beliau risau sekiranya cinta Dato Vida kepada dirinya tidak seteguh seperti pengorbanan yang telah beliau lakukan.

Iqbal turut meminta supaya jangan putuskan hubungan baik beliau dan Dato Vida dan meminta para pengamal media agar memahami dan memberikan kerjasama kepada beliau.

Terdahulu, Ahmad Iqbal dalam satu kenyataan beliau sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dirinya mampu memberikan nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada bakal isterinya.

Malahan beliau dan Dato Vida juga sebenarnya sudah hampir berkahwin pada tahun 2018 namun tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.

Bukan mudah buat Dato Vida untuk memilih antara anak dan kebahagiaan sendiri. Berkemungkinan besar Cik B pula sebagai seorang anak, sebolehnya tidak mahu sekiranya melihat ibunya bersedih. Cik B hanya tidak mahu Dato Vida terluuka lagi setelah mengambil kira beberapa perkahwinan beliau sebelum ini yang telah gagal.

Sumber : Instagram ahmadiqbalzulkefli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!