“Kepada yang telah berprasangka buruk pada Erma, sila berani minta maaf ” – Umie Aida

Seperti yang kita tahu, Teater Pawana Isabella arahan Erma Fatima telah berlangsung di istana budaya baru baru ini. Teater tersebut tular dengan lakonan hebat Syafiq Kyle dan Janna Nick cukup membuatkan ramai yang meminati dan ingin menyaksikan teater tersebut. Semalam Erma Fatima kongsikan satu video di dalam instagram miliknya tentang seorang yang di gelar ” anak syurga ” peminat teaternya sanggup mengumpul duit semata mata ingin membeli tiket dan menyaksikan teater Pawana Isabella.

“Anak syurga ini naik bas dari Jln Ipoh ke Kg Bharu kemudian jalan kaki ke Istana Budaya dgn duit syiling yg dia kumpul sendiri utk tgk Teater Pawana Isabella. Sungguh2 menyentuh hati aku.

Di dalam video tersebut Erma seolah olah menyorok duit adik itu kemudian masukkan balik dalam sampul, telah menimbulkan salah paham netizen.

Erma Fatima telah privasikan ruangan komen untuk video tersebut mungkin di sebabkan terlalu ramai kecaman atau tuduhan yang tidak betul.

Kemudian selang beberapa jam, Erma telah memuat naik balik video tersebut dengan penjelasan yang dia tidak mencuuri duit adik tersebut.

Memandangkan byk sgt yg berprasangka buruk maka biarlah sy jelaskn supaya perkara yg baik ini tdk mengundang dosa pd kalian yg persepsinya jauh tersasar.

Adik ini dtg beli tiket 2 hari sebelum show. Sy diberitahu oleh penjaga kaunter tiket mengenai kedatangannya lalu sy byr duit tiket itu dan ambik duit yg dia byr tiket itu utk sy pulangkn. Harga tiket yg dia beli adalah RM68. Sy jumpa dia di hari dia dtg show 2 hari kemudian.

Sy letak duit RM100 tu dlm sampul tu utk sy sedekah pd dia. Sy sorok ke tepi sbb sy takut dia marah kerana sy d fahamkn yg dia ada buat duit seringgit bentuk love dan bg pd semua yg jaga kaunter. Bila dia org tk ambik dia marah. Takanlah sy nk ambik duit adik ni..masyaallah..sejauh itu pandangan anda pd sy.

Dan d depan sy itu ada beberapa org yg duduk melayan dia melihat perbualan sy dgn dia. Kalau sekalipun jaahat sy ni..tkdelh sampai sy nk menganiaya anak syurga ini yg sanggup kumpul duit meniaga dia utk tgk show sy. Astagfirullahulazimmm…

Adik Erma Fatima nampak begitu marah dengan tindakan netizen yang menuduh kakaknya mencuuri duit RM100. Umie Aida juga menyeru kepada sesiapa yang telah berprasangka buruk kepada Erma kena berani tampil dan memohon maaf.

Erma Fatima menjelaskan yang dia hanya sedekahkan duit untuk anak syurga itu.

” Saya letak duit RM100 tu ke dalam sampul tu untuk saya sedekah pada dia ” – Erma Fatima

Rasanya tidak elok jika kita menuduh tanpa unsur periksa, Erma Fatima sekadar mahu menyorok perbuatan sedekahnya dari di ketahui adik tersebut dan umum. Apa komen korang?

Sumber : Ig ermafatima

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*