“Kepada isteriku, saya tahu awak penat” – Luahan Aeril Zafrel

Pastinya setiap orang mengimpikan pas4ngan yang penyayang, yang memahami dan sebagainya. Terutamanya wanita yang mempunyai hati yang lembut, mereka sememangnya mengidamkan seorang suami yang bukan sahaja bertanggungjawab menjaga nafkah isteri dan anak-anak tetapi juga mengasihi mereka dan menjaga perasaan mereka. Namun, lelaki idaman wanita seperti itu sangat sukar untuk dijumpai pada zaman sekarang.

Seperti kita ketahui, mendapat yang sempurna dimana lengkap segala sifat seorang suami itu mustahil. Namun, masih ada suami yang mencuba untuk jadi yang sempurna untuk isterinya. Kita boleh lihat itu pada layanan Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal di laman instagramnya.

Dilihat di dalam video tersebut, ia adalah kompilasi video Wawa Zainal yang sedang sarat mengandung sekarang ini.

“Ok la ok la ni yg version sbnr ..Gurau2 sayang.. Kepada isteriku w4w4_zainal saya tahu awak penat kandung kan baby selama 9 bulan.. saya tahu awk penat wlupun awk selalu kata awk kuat, awk bole buat.. saya tahu awk penat kena pegi meeting sana sini.. kerja kuat utk bisnes kita. Saya tahu semua tu.. terima kasih syg utk segala nya . Yaa, Kita lelaki tak sekuat wanita. Doakan Di permudah kan urusan isteri saya bersalin nanti..
Last… lirik lagu tu kata HANYA BIDADARI SEBAGAI GANTI.. tapi awak tiada pengganti w4w4_zainal” kata Aeril dalam laman instagramnya.

Rata-rata netizen sangat menyukai sifat sayang menyayang antara Aeril dan Wawa dan mengatakan mereka sangat ‘sweet’ bersama.

Sifat Aeril menghargai isterinya harus dicontohi oleh lelaki diluar sana. Kebanyakan isteri-isteri tidak meminta lebih seperti kereta, rumah, emas dan sebagainya tetapi mereka lebih suka jika suami tercinta menghargai perkara kecil yang mereka lakukan.

Sumber : ig Aeril Zafrel

Artikel ini disediakan oleh Cite Ohsem . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*