“Kenapa xrasa mcm pengantin baru yer. Tak rasa serinya” – Netizen

Ayda Jebat atau nama sebenar beliau Nur Suhada telahpun selamat bergelar isteri kepada pengacara dan model Nabil Mahir atau nama sebenar beliau Ahmad Nabil bin Ahmad Mahir. Setelah berkenalan selama setahun lebih dan mengikat tali pertunangan sejak bulan April yang lalu, tarikh 1 Januari menyaksikan Ayda Jebat dan Nabil Mahir memeterai tali pertunangan dengan ikatan pernikahan yang sah.

Pasngan ini mencipta kelainan apabila telah mengikat tali pertunangan pada 28 April yang lalu secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet. Majlis pertunangan diadakan secara online kerana situasi ketika itu terbatas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Mengimbas kembali detik perkenalan pasngan ini, Nabil mendedahkan setelah beberapa kali mereka berjumpa barulah Ayda memulakan langkah pertama menghantar Direct Message (DM) melalui Instagram kepada beliau. Jika ditanya siapa yang mengurat siapa, Ayda tidak menafikan dan mengakui dirinya yang mengurat Nabil.

Ketika ditanyakan perihal mengenai zuriat, Nabil sebelum ini pernah berkongsi hasratnya ingin memiliki 13 orang anak kerana menggemari nombor tersebut.

Beliau dan Ayda sememangnya sukakan budak-budak dan Ayda juga tidak mempunyai masalah sekiranya dikurniakan zuriat segera. Bagaimanapun hasrat Nabil itu disalah erti dan menerima beberapa kritikan dan sindiran daripada warga maya.

Pagi tadi pasngan pengantin baru ini dijemput untuk menjadi tetamu di segmen Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuk, Fizie dan Shuuib. Beberapa buah video temubual dengan pasngan ini telah dimuatnaik menerusi Instagram Hotfm.

Saat Shuk dan Fizie bertanya Nabil mengenai dengan siapa yang Ayda Jebat tidak boleh berlakon bersama, Nabil menjelaskan bahawa beliau percaya kepada Ayda dan Ayda tahu untuk menjaga diri beliau sendiri. Situasi tersebut bergantung kepada keselesaan Ayda untuk menerima tawaran berlakon tersebut atau tidak.

Ayda memang terkenal dengan karakter beliau yang happy go lucky dan ceria. Mendengar Nabil yang memberikan Green Light dan percayakan beliau, Ayda kemudiannya bergurau bersama Shuk dan Fizie dengan membuat symbol tangan tanda bagus sambil ketawa.

Menjenguk keruangan komen mengenai posting berkenaan, seorang netizen telah menyatakan bahawa wajah Ayda tidak nampak serinya sebagai seorang pengantin baru.

Netizen juga mengulas mengenai respon Ayda dalam video tersebut yang kelihatan gdik dan 0ver. Berikut dikongsikan lagi beberapa komen mengenai video tersebut.

“biasalah tu.. Bukan saje sebab si Ayda ni rajin make up tebal2.. Tapi..dah sellu sgt2 kita tgok dia kawen. berlakon2 je..kawen…. Dah banyak kali kita tgok dia berlakon jd pengantin… Tu laa pasal.

So, bila dah betul2 dah nikah ni.. Kita nampak biasa je.. Hehehe. Anyway.. Kita sama2 doakan moga Ayda n pasngan happy2, bahagia hingga akhir hayat.. Aamiin” – Netizen

“Sory.. Mungkin sbb sis lasak tu yg nmpk biasa2 jee. Maaf sis.” – netizen

“alhamdulillah janji da halal..im not their fan too.. so.. dah halal alhamdulillah mendirikan msjid Adalah kebahgiaan Allah.. dan kebencian SYAIITAN.. seri ke x seri itu letak tepi…” – Netizen

Saya kurang minat dgn dia ni.over sgt bab pluk pluk hero .ingat tu berlakun sbgi suami isteri ajer tau ..klu you berlakun sama sebagai suami isteri dgn nabil mahir xpe pluk pluk..” – netizen

“Dlu minat jgk ayda jebat ni, tp sejak brcinta smpai la dh kwin ni jd terlebih gedik sgt la plk.. Meluat jgk tgok msa AME aritu time bg anugerah.. Gedik sgt org naik menyampah..” – Netizen

Nmpak tua siak muka kau….mne seri nye hmmmm” – Netizen

“Sejak bercinta dgn Nabil Mahir ni, dah kurang minat aku kt Ayda Jebat” – Netizen

Buat pasngan pengantin baru ini, setelah melangkah ke alam rumahtangga pastinya akan ada dugaan yang lain pula menanti.

Semoga lebih memahami antara satu sama lain dan tidak cepat melatah dengan komen Netizen terhadap anda berdua. Yang penting percaya dengan pasngan masing-masing.

Sumber: Instagram hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*