“Kenapa rasa Haris lagi berusia dari Intan ni” – Netizen

Baru sahaja membuat pengumuman mengenai tarikh pernikahan mereka pada 6 Januari lalu menerusi saluran Youtube Harris Alif, persiapan perkahwinan sudah 90 peratus dilakukan dan mereka berdua sebenarnya hanya menunggu hari untuk disatukan iaitu lebih kurang hanya sebulan sahaja lagi kerana telah membuat persiapan sejak majlis merisik pada bulan 7 tahun lalu. Haris menjelaskan dirinya mempunyai keserasian dengan Intan setelah semakin lama mengenai Intan.

Hubungan mereka berdua dihidu wartawan setelah Haris memuatnaik gambar bersama Intan semasa perayaan hari raya tahun lalu.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak keluarga, Intan berkata keluarga Haris menerima dirinya seadanya dan keluarga Intan juga menerima Haris dan selesa dengan personaliti Haris.

Mendedahkan detik perkenalan, mereka berdua berkata platform Instagram dikatakan menjadi medium untuk mereka berdua berkenalan dengan lebih rapat.

Walaupun mereka berdua telah lama saling mengenai sebelum ini namun hubungan tersebut menjadi kian rapat hanya akhir-akhir ini setelah menyedari mempunyai keserasian antara satu sama lain.

Mula terbuka untuk berkongsi hubungan mereka berdua kepada umum, pasngan ini memuatnaik sebuah video di saluran youtube Harris dimana memaparkan mereka melalui sesi soal jawab yang menguji keserasian masing-masing.

Permainan yang dinamakan The Wedding Shoe Game itu bertanyakan soalan-soalan mengenai sikap dan peribadi masing-masing dan siapakah yang paling tepat menggambarkan situasi tersebut.

Semasa soal jawab berlangsung, kelihatan Harris sentiasa menyantuni Intan dan sangat berhati-hati dalam berbicara. Sikap Harris yang sangat sopan, bijak bertutur dan menjaga hati Intan menampakkan personaliti Harris yang sangat matang dari usianya yang baru 22 tahun.

Menjenguk keruangan komen, warganet rata-ratanya tertarik dengan kematangan yang dimiliki oleh Harris dan tidak hairanlah personalitinya itu mampu memikat dan menawan hati pelakon filem Adnan Sempit dan Bini-biniku Gangster. Gaya kepimpinan Harris begitu terserlah dalam video tersebut dan mereka berdua sememangnya saling melengkapi antara satu sama lain.

“I am very happy with their relationship. Both of them suit to each other and actually I’m quite touched when Harris realised that he using shoes to point and immediately apologised and used open palm instead. Good attitude  & can’t wait to see their wedding.” – Netizen

“Walaupun lelaki ni 21 tahun tk nampak macam yang umur 21 budak budak biasa. Alhamdulillah Mudah mudahan kekal hingga ke Jannah” – Netizen

“Haris dan Intan look so2 sweet, cute, kelakar, caring living dan romanti pun. Sama cantik sama padan pun then look young pun dua2. Good luck moga2 sentiasa happy dan bahagia till ka jannah pun” – Netizen

“Selalunya lelaki muda yg nak kahwin wanita lebih berusia, mesti dikaitkan dgn gold digger. Tpi Harris ni tak, sbb dia ada kerjaya dan matured. Nmpk gaya kepimpinan dia” – Netizen

“Nampak macam sebaya je…alaaahhh biar la orang nak kata apa… Korang yang nak kawin bukan depa…you both sweet, enjoy, happy together with your life on your own way… X payah fikir la orang nak kata apa… Bukan orang luar yang bagi harris dan intan ni makan… Semoga berkekalan dan dipermudahkan segala urusan perkahwinan… Aammiinn” – Netizen

“omg.. comel nya korang.. seriusly abaikan je negative2 komen pasal jarak umur korg. if memg jodoh korg, Allah tetap akan jodohkan korg. semoga dipermudahkn urusan perkahwinan korg. wish all the best u u guys” – Netizen

Harris dilihat mampu untuk menjadi seorang suami yang baik dan membimbing Intan walaupun jarak usia keduanya jauh berbeza.

Kematangan Harris dan pengalaman yang dimiliki Intan mampu membuatkan pasngan ini saling bertoleransi dalam mengemudi kehidupan berumahtangga kelak. Jarak usia tidak menghalang mereka berdua untuk bersama yang penting keluarga pun dah beri restu.

Sumber: youtube Harris Alif.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*