“Kenapa edit caption? Biarlah 1 Malaysia baca”- Datin Shahida

Hidup berumahtangga tidak selalunya indah bahagia. Sifat kesabaran dan kesetiaan adalah perkara asas yang harus dititikberatkan apabila sudah hidup berpasaangan kerana hidup bersama pasaangan tidak semestinya gembira sepanjang masa. Semestinya akan terjadi pergolakan didalam sesuatu hubungan dan apa yang paling penting adalah bagaimana kita mengatasinya supaya tidak menjadi semakin keruh keadaannya.

Baru-baru ini Dato Aliff telah membuat sesuatu kenyataan di laman instagramnya tetapi telah diubah olehnya dimana beliau mengatakan hidup sendiri adalah lebih bahagia.

Dilihat beliau berkongsi gambar beliau bersama anak-anak dan ibunya, Bonda Rozita tetapi kelihatan isterinya Datin Shahida tiada di dalam gambar.

Sementara itu, di ruang komen gambar tersebut terlihat Datin Shahida menanyakan mengapa mengubah kenyataannya itu.

Apabila datin membuat komen begitu, dilihat ramai netizen yang ingin mengetahui ayat Dato Aliff sebelum beliau mengubahnya. Dan ada juga netizen yang sempat membaca kenyataan pertama Dato yang berbunyi “seseorang yang tidak melakukan apa-apa”.

Dilihat daripada tindakan Dato yang mengubah kenyataannya dan tindakan Datin yang memberi komen berbaur perli itu sekaligus dengan ketidakhadiran Datin di dalam gambar tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang hubungan Dato Aliff dan Datin Shahida sekarang ini. Walaubagaimanapun, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Datin Shahida kerana mereka lebih merisaukan keadaan Datin yang sedang sarat mengandung.

Walaubagaimanapun, netizen melihat Dato adalah seorang yang tidak melupakan ibunya. Baru-baru ini, beliau telah menghadiahkan set sofa jenama Versace bernilai rm30k kepada Bonda Rozita.

Sumber : ig aliffsyukriterlajaklaris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*