“Kenapa doc tak bagi anak buat pilihan sendiri”- Netizen

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa, untuk memastikan anak-anak mereka semua berjaya. Yelah,  mestilah kita nak tengok anak kita membesar dengan jayanya kan. Haruslah seimbang berjaya dari segala bidang yang diceburinya. Barulah balanace namanya tu kan. Tapi, banyak perkara yang perlu kita mulakan terlebih dahulu sebelum dapat capai cita-cita tersebut.

Sebab itulah ibu bapa sangat digalakkan untuk memberi pendedahan dan pendekatan terlebih dahulu kepada anak-anak. Haruslah selalu mendorong mereka untuk selalu cenderung ke sesuatu kejayaan. Barulah pemikiran mereka akan terbuka. Betul tak ?

Sebagai contoh, alangkah eloknya jika kita dapat luangkan masa bersama-sama anak kesayangan kita untuk pergi ke museum atau pun petrosains. Mana-mana tempat yang datang kita timba ilmu, sambil-sambil juga have fun. Barulah syok jadinya kan.

Confirm mereka semua akan sangat happy dan dapat kumpul ilmu dalam waktu yang sama. Bukan saja dapat belajar, tapi dapat ingat dan praktik kan apa yang mereka dapat pada hari tersebut. Best kan, mesti anak-anak akan suka. Macam lawatan sambil belajar pula jadinya.

Rasanya, semua sudah cukup mengenali anak-beranak kepada Dr.Sheikh Muszaphar. Sudah pasti semua orang cukup mengenali ahli keluarga yang hebat ni. Mana taknya, Dr Sheikh merupakan seorang angkawasan terulung negara kita.

Ada dimuat naik video Dr Sheikh yang membawa anak-anaknya ke museum sains di sebuah university tanah air. Di situ, kita semua boleh belajar sambil melihat, dan yang pastinya, anak-anak kecil mesti akan suka kan tempat sebegitu. Dapat sentuh  replica org4n badan lagi tau.

Di caption video tersebut, Dr Sheikh tidak melepaskan peluang untuk berkongsi hasratnya, beliau telah membuatkan plan apa yang anaknya akan jadi pada masa akan datang. Senang cerita, kerjaya anaknya pada masa hadapan. Menarik kan ?

Yang pastinya, semuanya adalah kerjaya sebagai seorang doct0r dalam pelbagai bidang. Hebat sungguh plan Dr Sheikh. Padahal anaknya masih lagi kecil, tetapi sudah diberi pendedahan yang sangat mendalam dalam bidang tersebut. Hebat kan keluarga ini.

Bila ditanya mengapa Dr Sheikh tentukan semua, tidak beri pilihan kepada anak-anak sendiri ? Bak kata beliau, itu semua adalah plan nya sahaja, bila anak nya besar kelak, terserah kepada mereka apa yang mereka ingin jadi, cuma di usia kecil inilah, harus diberi pendedahan awal.

Sumber : Ig Drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!