“Kenapa bawak anak tidur satu bilik dgn perempuan tak halal lagi?” – Fatin Afeefa

Pelakon yang memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Tentang Bulan iaitu Fatin Afeefa harini ini telah memuatnaik satu status di Instastory beliau mengenai tindakan bekas suaminya Adam Shahz yang membawa anak dan teman wanita untuk tidur bersama dalam sebuah bilik. Untuk rekod Fatin Afeefa atau nama sebenar beliau Fatin Nur Afifah binti Shamsudin mendirikan rumahtangga bersama pelakon drama Juvaana Adam Shah pada tahun 2013 namun mengakhiri pernikahan mereka selepas 4 tahun hidup bersama.

Mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia 5 tahun. Berita mengenai tindakan Adam itu dikhabarkan sendiri oleh anak perempuan mereka sewaktu Fatin menghubungi anaknya itu.

Pelakon wanita itu merasa sangat marah dengan tindakan bekas suami dan terus menghubungi bekas suaminya itu menerusi applikasi whatsapp bagi mengesahkan perkara tersebut.

Bekas suaminya dikatakan sedang bercuti dan membawa bersama anak perempuan mereka untuk makan angin.

Fatin juga turut memuatnaik tangkap layar perbualan beliau menerusi panggilan video bersama anak perempuannya di instastory.

Pelakon drama Red Velvet itu juga bertanya lebih lanjut kepada anaknya adakah bapanya dan wanita tersebut tidur sebilik dan anaknya mengiyakan perkara tersebut.

Fatin meluahkan kekecewaan beliau menerusi beberapa ayat yang di sertakan bersama tangkap layar panggilan video itu.

Fatin mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu yang menunjukkan contoh yang kurang baik di hadapan anak-anak.

Fatin berkata selama ini beliau hanya menyimpan semua perihal peribadinya sendiri dan sering di pandang serong oleh masyarakat namun jika perkara yang membabitkan anak-anak beliau bersedia untuk menyelesaikan perkara tersebut dimahkamah.

Fatin juga berkata beliau berhasrat untuk menuntut nafkah anak-anak yg tidak pernah diterimanya sejak 4 tahun lalu.

Bagaimanapun Fatin telah menurunkan posting tersebut di instastorynya dan meminta maaf kerana postingnya telah melibatkan aib seseorang.

Namun memberikan amaran bahawa dirinya tidak boleh menerima apa yang telah berlaku dan mendoakan agar keluarganya dilindungi daripada sebarang musibah.

Sumber: ig fatinafeefa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*