“Kena cukur, rambut tu kan dh kena drh kotor” – Netizen, Izara mengaku tak cukur rmbut bayi

Nama Izara Aishah sekian lama sudah tidak muncul menghiasi drama tempatan kerana berehat bagi memberikan tumpuan terhadap anak dan keluarga. Bekas finalis Dewi Remaja ini mula menceburkan diri sebagai seorang pelakon dan model sejak tahun 2011. Nama beliau semakin dikenali setelah berlakon bersama Aiman Hakim Ridza menerusi drama Vanilla Coklat. Beliau juga pernah memegang watak Azlin di dalam drama bersiri Oh My English.

Pelakon yang bakal menginjak usia 29 pada tahun ini mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang dengan anak kepada Datuk Khalid Mohammad Jiwa iaitu Adib Khalid sekaligus bergelar menantu kepada penyanyi tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 17 November 2017 setelah hampir 3 tahun berkenalan.

Kerap kali diajukan soalan berkenaan anak, pasngan ini akhirnya menimang cahaya mata sulung mereka pada 15 April 2020 setelah hampir 3 tahun berumahtangga.

Kelahiran anak perempuan sulung mereka iaitu Irisa Alaia telah membuka lembaran baru dalam kehidupan pasngan suami isteri ini.

Berbanding bidang lakonan, Izara kini lebih kerap muncul sebagai wajah bagi beberapa jenama terkenal. Izara juga lebih sinonim sebagai model iklan komersial. Sudah agak lama Izara berehat dari bidang lakonan. Sebagai seorang ibu, pelakon Ombak Rindu The Series ini pastinya sedang menikmati masa beliau untuk membesarkan anak sulungnya itu.

Menerusi Instagram, Izara telah memuatnaik beberapa gambar terkini anak perempuannya yang kini telahpun berusia 9 bulan. Menurut Izara, kini telefon bimbitnya tidak lagi mempunyai gambar dirinya dan hanya dipenuhi gambar anak perempuannya itu.

Melihatkan rambut anak perempuan Izara yang agak lebat seorang netizen bertanya adalah Izara mencukur rambut anaknya semasa masih bayi. Izara secara bersopan menjawab ringkas bahawa beliau tidak mencukur rambut anaknya itu.

Jawapan daripada Izara itu membuatkan seorang lagi netizen menegur beliau kerana rambut anak ketika bayi perlu dicukur memandangkan rambut tersebut dikatakan kotor kerana tumbuh ketika masih di dalam kandungan. Tambahan pula amalan tersebut merupakan sunnah Nabi.

Walaubagaimanapun Izara membalas komen netizen tersebut bahawa adalah lebih elok sekiranya cukur dan mengikut sunnah Nabi. Ada juga netizen yang menyokong kata-kata Izara dan memberikan penerangan lebih lanjut mengenai hukum mencukur rambut bayi.

Beberapa orang netizen juga telah mngalkan k0men bahawa amalan mencukur rambut bayi itu merupakan amalan sunat dalam ajaran islam dan sekiranya mengikut amalan tersebut bakal peroleh pahala namun jika tidak mengikuti amalan itu tidaklah berdo0sa.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen Instagram Izara.

“betul tu. Hukum cukur rambut bayi ni sunat.” – Netizen

“sunnah nabi…xbuat xberdosa pom…buat dpt pahala…ater sama jugak sunah nabi mkn buah kurma masa nak bukok puasa…xmkn xleh pahala…” – Netizen

“sayang nk cukur kan rambut bila kluar lebat ” – Netizen

“betul tu…sunnah nabi…buat dpt pahala xbuat xdpt dosa pom…sama jugak sunnah nabi mkn buah kurma sebelom bukak puasa minum air terus solat… hbis solat bru mkn…xbuat xdosa…buat dpt pahala…agama kita xsusah pom kan…” – Netizen

“anak saya pn x cukur masa baby.. kalau cukur ikut sunnah” – Netizen

“amalah. Ank saya dh 4 org. Semua x cukur. Rambutnya klu x cukur pun mmg botak. Rambut halus. serba salah nk cukur masa tu. Adeiihhh..” – Netizen

Islam merupakan agama yang sangat mudah dan mempunyai beberapa amalan sunat disamping amalan wajib yang boleh dilakukan untuk memperoleh pahala yang lebih besar.

Namun sekiranya kita tidak melakukan amalan sunat tersebut ianya tidak menjadi suatu kesalahan kerana bukan kewajipan dan hanya tidak memperolehi pahala sahaja.

Sumber: Instagram izaraaishahofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*