Kembali sarung cincin, khabar angin pertunangan putus tidak benar. Cinta Neelofa dan PU Riz kembali bertaut

Sekitar akhir tahun lalu, hubungan bekas pengacara Melet0p iaitu Neelofa dan PU Riz boleh digambarkan bagaikan retak menanti belah apabila beberapa berita mengenai hubungan mereka kecoh diperkatakan setelah keluarga Neelofa dikatakan tidak merestui hubungan tersebut apabila memuatnaik status Instagram di IG story masing-masing yang menunjukkan kata-kata sindiran dan kurang berpuas hati terhadap sesuatu pihak dimana rata-ratanya meneka ditujukan buat PU Riz.

Ibu dan adik beradik Neelofa juga telah bertindak untuk “unfollow” PU Riz di laman Instagram selain telah memadam foto ketika majlis merisik Neelofa dan Pu Riz.

Sebagai rekod mengikut perancangan, Neelofa dan PU Riz bakal mendirikan rumahtangga pada penghujung Mac tahun ini.

Rentetan daripada kekecohan yang melanda hubungannya dan PU Riz pelbagai andaian telah di buat oleh Netizen. Sehingga tular cerita yang direka oleh seorang netizen mendakwa Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah berkahwin.

Neelofa bagaimanapun telah tampil untuk membuat penjelasan menerusi laman sosial beliau mengenai perkara tersebut.

Neelofa menafikan sekerasnya mengenai tuduhan bahawa beliau terkena minyak pengasih dan kini sedang berubat. Neelofa juga turut menyangkal dakwaan bahawa beliau sudah bernikah dengan PU Riz di Kelantan.

Neelofa berkata kedua buah keluarga sedang mencari titik penyelesaian serta mencari cara terbaik dalam menyelesaikan isu yang berlaku.

Neelofa juga enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai status hubungannya dengan PU Riz tanpa persetujuan keluarga masing-masing dan memohon doa yang baik-baik buat dirinya.

Menjengah ke laman Instagram Neelofa, menerusi muatnaik terkini Neelofa di Ig Story beliau telah memuatnaik video dirinya memberikan penjelasan lanjut kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Markaz Tijari untuk sama-sama berkongsi rezeki.

Neelofa yang aktif dengan perniagaan beliau sering mengemaskini laman media sosial sebagai platform untuk memberikan maklumat terkini perniagaan beliau kepada umum.

Bagaimanapun apa yang mencuri tumpuan di dalam video tersebut adalah cincin yang disarung oleh Neelofa dijari manisnya. Neelofa merupakan figura yang begitu dikenali ramai disebabkan itulah orang ramai sangat mengambil berat mengenai dirinya dan apa jua mengenai dirinya sering mencuri tumpuan.

Mungkin Neelofa ingin memberikan sedikit bayangan kepada para peminat dan penyokong beliau bahawa hubungan beliau bersama PU Riz sudah kembali pulih.

Walaupun perkara tersebut belum di sahihkan oleh tuan empunya badan sendiri namun para peminat dan penyokong beliau pastinya merasa gembira dengan berita tersebut.

Benarlah kata orang ikatan pertunangan merupakan fasa yang sangat berat kerana dalam fasa ini lah pasngan akan berdepan dengan pelbagai ujian dalam menentukan arah tuju dalam hubungan tersebut samaada berakhir dengan ikatan pernikahan atau sebaliknya.

Sama-samalah kita doakan agar Neelofa terus tabah untuk mengharungi dugaan pertunangan ini sebelum mereka berdua disatukan pada bulan Mac tahun ini.

Sumber: Instagram neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*